Tuesday, 29 July 2014

[Video] 'Parlimen India Gila?' - 11 Anggota DPR India paksa lelaki Muslim batalkan puasa Ramadhan...

Selasa, 29 julai 2014

Shiv Sena MPs 'force' Ramdan fasting Muslim staffer to eat chapati at Maharashtra Sadan


parlemen india Gila, 11 Anggota DPR India Paksa Pria Muslim Ini untuk Batalkan Puasa Ramadhan
Parlimen India Gila, 11 Anggota DPR India Paksa Lelaki Muslim Ini untuk Batalkan Puasa Ramadhan 

11 AHLI PARLIMEN INDIA BAKAL DIPECAT KERANA PAKSA LELAKI MUSLIM BATALKAN PUASA

SEDIKITNYA 11 anggota DPR yang tergabung dalam sayap kanan Shiv Sena di India didakwa memaksa seorang supervisor katering, yang berpuasa selama Ramadan, untuk berbuka. 11 anggota DPR ini menyuruh lelaki Muslim tersebut untuk makan chapati di Maharashtra Sadan di New Delhi minggu lalu. 

Kejadian ini menjadi insiden besar di India. 

Pengurus IRCTC, syarikat di mana lelaki Muslim itu bekerja, Shankar Malhotra menulis e-mel pada 17 Julai mengatakan bahawa ahli parlimen memaksa kakitangan untuk menyediakan makanan di kawasan awam dan memaksa pengurus mereka untuk makan chapati, salah satu jenis makanan India. 

Arshad, lelaki Muslim itu, mengeluh kepada pesuruhjaya warga. 

"Semua tetamu bersama dengan wartawan dan kakitangan Maharashtra Sadan yang masuk ke dapur menyuruh untuk menyiapkan makanan. Mereka memegang saya dan memasukkan chapati ke dalam mulut saya, "terangnya. 

"Saya memakai pakaian seragam rasmi dan semua orang juga tahu nama saya adalah Arshad '. Kemudian mereka memasukkan chapati ke mulut saya menyebabkan puasa saya batal. Saya terluka dengan hal yang mereka lakukan kerana itu adalah sentimen keagamaan yang bersangkutan. "

Saat ini, 11 anggota Parlimen India ini sedang berada dalam siasatan dan jika bersalah, mereka dinyatakan melawan perlembagaan dan kemungkinan mereka akan dipecat dari jawatannya. [sa / islampos / arabnews]
Kedahkini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena