Monday, 23 September 2013

Kenaikan Gaji Baru 2013/2014 Kakitangan Awam. Pelarasan Gaji Baru 1.4 Juta Penjawat Awam! Coming Soon...

Isnin, 23 September 2013
Pelarasan Gaji Baru 1.4 Juta Penjawat Awam!
Gaji Baru
Pelarasan kenaikan gaji baru 2013/2014 kakitangan awam : Jikalau sebelum ini iaitu sekitar bulan Julai 2013 tempoh hari, kalangan kakitangan kerajaan telah pun menikmati & menerima Kenaikan Gaji Tahunan yang baru (KLIK SINI). Dan berita gembira buat 1.4 juta kakitangan awam tidak akan berhenti setakat ini sahaja. Ini kerana….

Pelarasan Gaji : Gaji Baru Naik Berkuatkuasa Seawal Disember 2013?

Berita ini, baru Berita Semasa perolehi langsung daripada Putrajaya sebentar tadi.

Berdasarkan maklumat yang pihak Berita Semasa terima melalui salah seorang panel yang menjadi wakil bagi pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang telah terlibat secara langsung dalam pelarasan gaji baru kakitangan awam kali ini memaklumkan akan ada berita gembira  sekitar 3 bulan daripada sekarang di mana pengiraan untuk pelarasan gaji baru telah pun dijalankan dan dijangka akan mula dikuatkuasakan sekitar bulan 12 (Disember 2013) ataupun awal tahun 2014. Sama-sama kita nantikan.

Apa respon balas anda pula terutamanya kalangan penjawat & kakitangan awam di Malaysia?
BY STAFF BERITA SEMASA ON SEPTEMBER 23, 2013


BeritaSemasa.com

Comments:

Azlan Bashah · Works at Self-Employed
tak payah naik gaji, cuma turunkan harga semua barangan keperluan termasuk petrol, tol, ayam, ikan, tarif elektrik, tarif air dan lain-lain lagi


Abdullah Ismail ·  Top Commenter · Universiti Malaya dan Universiti Sains Malaysia
tak mungkin punya. kelentonglah. mana ada dalam 1 tahun pelarasan gaji. sekurang-kurangnya 7 tahun. banyak sangat duit Malaysia.


Sharifah Azizah Syed Hamid · UiTM Shah Alam
em..ni xmengikuti ni..tiap 5tahun sekali akan ada pelarasan gaji..last thn 2008..so memang ikut schedule thn 2014 memang kena gubal balik gaji dear..


Kacang Buncis · Universiti Teknologi MARA
Ini semua poyo..!!!! Aku x caya lah..!! Tapi pesanan aku pada menteri2 yg bijak pandai buat keputusan tu..kaji la dalam2 sebelum nak naikkan gaji tu,duk gembar-gembur nak naik gaji...alih2 golongan atasan/bosses jer yg dapat menikmati kenaikkan sampai RM500...yg kuli batak ni naiknye RM70 hengget jer...tak ke bangang tahap dewa kalau canggitu...? Patutnya margin kenaikkan kuli ni la yg kene lagi besar..bosses dah kaya,naik RM70 pun cukup ler !!

Berita Biasa Aje!
 Lusa (Rabu 25 September 2013) Masuk Gaji!
Kenaikan Gaji Tahunan KGT

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena