“Antara 1972 hingga 1984, ada kebanjiran kemasukan pelarian ke Malaysia dari selatan Filipina"
Isu pengeluaran kad pengenalan kepada pendatang haram sebenarnya bermula ketika zaman pemerintahan Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein, kata ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai pendatang haram di Sabah, hari ini.
“Antara 1972 hingga 1984, ada kebanjiran kemasukan pelarian ke Malaysia dari selatan Filipina. Pelarian ini mahu bebas daripada pergaduhan di sana pada masa itu jadi mereka lari ke Sabah,” katanya dalam nada tenang dan berhati-hati.
Beliau berkata, isu permasalahan kad pengenalan timbul antara 1979 dan 1999 dan kesalahan patut diletakkan kepada pasukan kerja khas dibentuk oleh Majlis Keselamatan Negara. Anwar mendakwa, pasukan itu yang masih lagi aktif hingga sekarang bertanggungjawab terhadap pengeluaran kad pengenalan kepada pendatang asing walaupun mereka tidak berkelayakan.
“Ya, saya tahu pasukan khas itu tetapi saya tidak ada pengetahuan khusus terhadap kerja dan apa sebenarnya tugas mereka. Dr Mahathir adalah orang yang bertanggungjawab dan jika dia memilih untuk tidak membangkitkan isu itu ketika mesyuarat Kabinet, anda perlu tertanya-tanya mengapa,” katanya membiarkan soalan itu tidak berjawab.
“Percaya atau tidak, ada ahli dalam pentadbiran, malah di kalangan Umno sendiri tidak tahu apa yang berlaku. Tidak ada dokumen Kabinet mengenai isu itu atau ia dibawa ke dalam mesyuarat, anda boleh periksa minit jika tidak percaya kepada saya.
Anwar mendakwa, pasukan khas itu yag beroperasi dan membabitkan kedua-dua bekas dan perdana menteri sekarang yang ada pengetahuan mengenai kewujudan dan aktiviti seumpama itu.
Katanya, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak ada lebih banyak maklumat mengenai pasukan petugas yang ditubuhkan pada 1989 itu.
Pegawai perunding RCI, Majoi Kurup bertanya kepada Anwar apa penyelesaiannya untuk menangani pendatang haram yang memegang kad pengenalan bermasalah, seperti didedahkan Jabatan Pendaftaran Negara minggu lalu iaitu kira-kira 113,000 diklasifikasikan sebagai kad pengenalan yang diragui.
“Ini adalah mimpi negeri kepada negara yang dicipta oleh eksekutif, ia membabitkan rasuah besar-besaran dan ancaman serius kepada kedaulatan Malaysia. Dan sekarang kita ditanya bagaimana hendak membersihkan kekacauan yang tercipta, yang juga mempunyai kesan amat rumit dalam pilihan raya lalu,” katanya tanpa sebenarnya menjawab soalan.
Anwar: Ya, ada alasan yang baik Umno berasakan mereka perlu mempunyai pengaruh kuat di Sabah. Bagaimanapun, anda perlu membezakan antara parti politik yang berjuang dalam peperangan sah dalam sempadan undang-undang dan parti yang tidak.
Shim: Ada persepsi yang menyatakan peningkatan populasi itu disebabkan pendatang asing dimasukkan ke dalam komuniti untuk meningkatkan kelebihan bagi sesetengah parti politik.
Anwar: Tidak adil untuk menyalahkan parti secara keseluruhan kerana tidak semua orang tahu mengenai perkara itu. Tetapi, pemimpin yang tahu mengenai kejadian itu dan memilih untuk berahsia terhadap tindakan bawah tanah patut dipertanggungjawabkan. Tidak ada sesiapa yang patut membiarkan operasi haram yang mengancam keselamatan negara.
Anwar: Kita patut adil, tidak semua orang Filipina di Sabah adalah pendatang haram, kita perlu kenal pasti siapa pelarian sebenar. Penarikan semula kad pengenalan mereka adalah salah mengikut undang-undang antarabangsa, walaupun Malaysia tidak menandatangani persetujuan itu. Tetapi, langkah pertama yang perlu kita ambil ialah menghentikan serta-merta pengeluaran kad pengenalan kepada pendatang haram. Ada pegawai kerajaan atau Umno yang dihantar ke Sepang dan Selayang untuk mengeluarkan dokumen identiti kepada pendatang haram. Kita perlu menghentikannya sekarang tanpa sebarang alasan.
Manoj: Apa yang perlu dilakukan kepada pendatang haram yang mempunyai kad pengenalan Malaysia, yang anak dan cucu mereka dilahirkan di sini?
Anwar: Ini isu yang amat rumit kerana menarik semula kad pengenalan mereka bermakna mereka akan menjadi orang yang tidak ada negara. Kita perlu memikirkan generasi akan datang dan mempertimbangkan tempat mereka yang sepatutnya di Malaysia. Dalam perkara ini, kita perlu ada belas kasihan, timbang rasa dan berfikir mengikut asas kemanusiaan. Ini adalah hampir serupa dengan orang Mexico yang tinggal di California yang sebenarnya tidak mempunyai kad hijau. Dan isu lain yang perlu dipertimbangkan ialah, jika kita membatalkan kad pengenalan pendatang ini, siapa yang akan menerima mereka? Tentu saja buka Filipina atau Indonesia. Penghantaran pulang pendatang membabitkan persetujuan kedua-dua negara yang menghantar dan menerima.
“Saya mengadakan perbincangan dengan bekas presiden Filipina, Fidel Ramos. Beliau menunjukkan keengganan untuk menerima bekas pelarian balik ke Filipina kerana menganggap Malaysia bertanggungjawab terhadap pelarian itu kerana mereka ada di sini,” katanya. ~the malaysian insider
60,000 Kad Pengenalan Palsu Dikeluarkan SPR Di Sabah
SEPTEMBER 21, 2011
Petikan daripada Berita Semasa yang diambil dari Wikileaks :
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengakui pernah mengeluarkan lebih 60,000 kad pengenalan palsu kepada pekerja asing di Sabah sekitar 90-an, atas arahan Umno.
Kabel yang dimuat naik di portal Wikileaks memetik bekas ketua NGO pemantau pilihan raya Mafrel Malek Husin sebagai mendakwa Rashid (kiri) mengakui perkara itu dalam pertemuan peribadi di rumahnya pada 25 Oktober, 2006.
Dalam kabel yang ditandakan sulit itu, Malek dilaporkan memberitahu pegawai Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur bahawa Rashid mengesahkan Umno melancarkan kempen ‘kotor’ sekitar 90-an untuk merampas Sabah – yang dikuasai PBS, ketika itu pembangkang, pada 1994.
“Sepanjang dekad berkenaan, Umno memberikan kewarganegaraan dan kad pengenalan Malaysia kepada lebih 600,000 pekerja pendatang asing (kebanyakan beragama Islam dari Indonesia dan Mindanao di Filipina) di Sabah, sebagai pertukaran untuk undi mereka pada pilihan raya negeri.
“Menurut Husin, Rashid ‘mengakui secara peribadi mengeluarkan lebih daripada 60,000 kad pengenalan palsu di Sabah’ bagi membantu Umno menguasai politik di sana,” kabel itu dipetik.
Pelik juga aku, isu ni dah lama tapi sekarang takkan baru nak heboh satu persatu? Adakah isu kad pengenalan palsu ini hanya didiamkan sahaja? Sebelum ini pun aku ada banyak terima email yang menunjukkan bahawa IC palsu telah dikeluarkan yang mana no ic sama tetapi mempunya 2 nama yang berlainan. Ada juga pendaftaran untuk mengundi didaftarkan atas nama orang yang sudah tiada (mati).
Benarkah semua ini ataupun hanya permainan politik? Kenapa pula aku nak ambil port. Bukannya niat aku nak ambil port dan sokong mana-mana, cuma aku sendiri sudah terkilan dengan apa yang berlaku di Malaysia. Negara luar kebanyakannya pertahankan negara masing-masing daripada penjajahan luar tapi lihatlah Malaysia berperang sesama sendiri. Yang disini mengata yang sana, yang sana mengata yang disini.
Keadaan sekarang sudah tidak seperti dahulu lagi. Bagaimanakah Malaysia akan datang?
Kalau hal ini sudah dihebahkan, eloklah sisasatan dibuat sebelum isu kad pengenalan palsu ini menjadi lebih besar. Ini bukannya isu kecil dan isu ni bukan isu baru, dah lama dah. Ke isu ni memang tak disiasat langsung?
Menurut komen, Reporter yang di dalam wikileaks nie 100% semua adalah pengkhianat negara masing2 maka adakah sumber ini blh dipercayai? Aku tak mengikuti sangat wikileaks ni. Kalau korang yang selalu ikut, mungkin tahu kot.
Untuk lebih lanjut lagi, boleh korang baca (Wikileaks) SPR Pernah Keluarkan 60,000 Kad Pengenalan Palsu!
deCrewz [dot] com
Jambatan batu yg menggantikan jambatan Tamparuli
*Gambar sekadar hiasan
0 comments:
Post a Comment