Tuesday, 17 September 2013

SPRM rampas 10 kereta mewah Bekas Setpol ahli politik ternama? Mak Oiii Banyaknya!

Selasa, 17 September 2013
10 buah kereta mewah seperti Toyota Alphard, Golf GTI, Toyota Vellfire dan Toyota Camry dan lain-lain mliknya turut dirampas...

Suspek di bangunan SPRM pagi ini. - 17 September, 2013.
Suspek di bangunan SPRM pagi ini. - 17 September, 2013.
Bekas Setiausaha Politik ahli politik ternama ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah.

Beliau yang berpangkat "Datuk" dan pernah bertugas sebagai setiausaha politik bekas menteri kabinet itu ditahan SPRM malam tadi untuk membantu siasatan penyelewengan program 1Azam yang dikhaskan untuk membantu golongan berpendapatan rendah.
"Dia ditangkap untuk bantu siasatan, belum dakwa lagi," kata Timbalan Pengarah SPRM, Datuk Shukri Abdull ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider.

Sebuah portal berita melaporkan SPRM turut merampas 10 kenderaan mewah milik bekas setiausaha politik itu.

Kenderaan itu termasuk Toyota Alphard, Golf GTI, Toyota Vellfire dan Camry yang kini diletakkan di Kompleks D Bangunan SPRM di Putrajaya. – 17 September, 2013./TMI
* Gambar Hiasan
SPRM rampas 10 kereta mewah dan sedang soal-siasat bekas Setpol......macam ku kenal je mamat tu...
Bekas Setpol (seorang 'Datuk') kepada sorang ahli politik yang ter'kenal'.......siapa lagi mestilah amenu kan...kan.....telah ditahan untuk di'gelodak' dan di'cungkil' oleh SPRM atas kesalahan meng'songlap' bantuan untuk rakyat miskin di bawah program 1AZAM (Akhiri Zaman Bujang) semalam.

Dalam pada itu 10 buah kereta mewah seperti Toyota Alphard, Golf GTI, Toyota Vellfire dan Toyota Camry dan lain-lain mliknya turut dirampas.

Program 1AZAM adalah dibawah Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Wanita.

Program itu telah diperkenalkan pada Januari 2010 dan Kementerian telah membelanjakan sebanyak RM1.35 billion. Selanjutnya sila baca DI SINI.

al-brangionline:

Macam ku kenal aje mamat tu......anda pu boleh agakkan?.....dalam umno semuanya tak mustahil......janji pandai bercakap...aktif dalam persatuan hal remaja, belia dan anak muda.....senang weh nak 'pasang dan panjang angan2'...huhu

Siapa lagi kalau Setpol dari Kementerian itu......
Posted by al-brangi Online at 4:54 PM
*Gambar Hiasan

SAMPAI BILA NAK SOROK WAJAH DATUK SETPOL YANG DITAHAN SPRM? ALAHAI!...MACAM LE KITA TAK TAHU...




Mudahnya dapat gelaran Datuk. Lepas itu mudah pulak menyalahgunakan kuasanya. Berapa ramai lagi Datuk yang tidak layak digelar Datuk di Malaysia yang hidup penuh dengan dosa rasuah ini?

Yong maksudkan berita ini. Ada tak wajah Datuk tu? Takde kan? Ekeleh! Cuba nak sorok ke?
Ingat tak masa Anwar Ibrahim dituduh Liwat 2. Buka main besar lagi gambar dia dalam media perdana. Begitu juga masa Datuk T buat tayangan video lucahnya. 

Tapi bila terkena batang hidung sendiri, media cuba sorok wajah Datuk yang ditangkap SPRM tu.

Apa nak sembunyi-sembunyi. Global Competitive Index (GCI) atau Indeks Kompetitif Global, menunjukkan pencapaian Malaysia lebih baik sikit dari Israel. Malaysia di tangga ke 24. Israel di tangga 27 (Baca di sini). Punca utama fenomina ini terjadi adalah kerana: 
Ketidakcekapan birokrasi kerajaan
Korupsi
 Datuk, Tan Sri mahupun Tun, ramai yang buat rakyat Marhein malu...

ENDLESS POSSIBILITIES.
Posted by Yong at 02:49 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena