Wednesday, 24 June 2015

PAS Cawangan & Kawasan Ternanti-nanti Kemunculan Parti Baharu...

Khamis, 25 Jun 2015

PAS Cawangan & Kawasan Ternanti-nanti Kemunculan Parti Baharu...


Ayah sokong parti baharu jika masih hidup, kata anak Fadzil Noor 

Anak kepada bekas presiden PAS, Muhammad Faiz Fadzil yakin jika bapanya Datuk Fadzil Mohd Noor masih hidup, beliau akan menyokong parti baharu yang sedang dalam proses pembentukan.

Faiz mengulas video Youtube yang disebarkan di laman sosial bagi menunjukkan Fadzil akan menentang penubuhan parti baharu sekiranya masih hidup.

"Anda mungkin tak setuju dengan saya, tapi saya percaya Ustaz Fadzil Noor (UFN) pasti menyokong parti baharu yang didokongi oleh pemimpin yang dilahirkannya yang banyak berjasa kepada karier perjuangannya,” tulis Faiz dalam laman Facebooknya hari ini.

"Parti baharu adalah meneruskan perjuangan UFN walau berlainan.”

Menurut Faiz, ayahnya satu-satunya pemimpin zaman 70-an yang menentang kemasukan PAS ke dalam Barisan Nasional (BN) semasa pemerintahan perdana menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein.

Katanya, Fadzil pada ketika itu beralih untuk bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim, termasuk menjadikan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) kumpulan pendesak Islam yang kuat di negara ini.

"Dia kembali aktif bersama PAS setelah PAS ditendang keluar daripada BN dan sertai PRU 1978 sehingga sanggup dibuang kerja dari UTM. Jelas perjuangan UFN istiqamah menentang Umno-BN dan mahu tubuhkan kerajaan.

“Sebab itu UFN merencana pelbagai strategi politik termasuk menarik golongan profesional menyertai PAS, memadamkan fahaman ahli terhadap Amanat Hadi dan Tahaluf dengan Angkatan Perpaduan Ummah dan Barisan Alternatif," katanya merujuk kerjasama PAS dengan parti politik lain sebelum ini.

Menurut Faiz, video yeng disebarkan mengenai Fadzil menyebut pemimpin yang gilakan jawatan sampai sanggup tubuh parti baru, menjelaskan keadaan ketika itu.

"Itu keadaan ketika itu. Tapi keadaan sekarang lain. Ahli dan rakyat yang nakkan parti baru kerana PAS sekarang sudah terpesong daripada peta perjuangan menentang Umno-BN.

“Dalam keadaan rakyat dahagakan sebuah pemerintahan baru yang bersih adil dan berkebajikan melibatkan penyertaan semua kaum, maka parti baru yang memperjuangkan semua prinsip Islam ini dan aspirasi rakyat adalah menjadi wajib," katanya.

Beliau yakin parti baharu yang bakal dipimpin G-18, kumpulan yang tewas dalam pemilihan PAS baru-baru ini, akan terus mendaulatkan Islam.

"Insya Allah parti baru ini akan terus menentang Umno-BN, mendaulatkan Islam dan akhirnya menyelamatkan ahli PAS yang masih keliru dengan halatuju politik PAS sekarang," katanya. – TMI 

ULASAN GB

Kegusaran golongan ulama terhadap kemunculan sebuah parti baharu begitu ketara. Bermacam-macam kenyataan dibuat untuk menggambarkan keresahan dan ketakutan mereka, kononnya parti baharu itu tidak tahan lama, kononnya parti baharu itu akan mengikuti jejak langkah BERJASA, HAMIM dan seangkatannya, kononnya ahli-ahli PAS akan tolak menyertai parti baharu, kononnya parti baharu akan tenggelam... dan bermacam-macam lagi. 

Diputarkan video lama Ustadz Fadzil Noor kononnya Ustadz Fadzil Noor menyebut pemimpin yang gilakan jawatan sampai sanggup tubuh parti baru, sedangkan senario pada masa itu amat berlainan dan berbeza. Yang gila jawatan pada ketika ini bukan mereka yang nak tubuh parti baharu, tetapi yang gila jawatan dan gila kuasa pada masa ini ialah ulamak-ulamak yang sanggup menggunakan apa cara dan kaedah sekalipun termasuk memfitnah, mencaci, memaki, menggunakan cai untuk menang jawatan dan menyingkirkan golongan profesional di dalam pemilihan PAS baru-baru ini. 

Dikatakan kononnya ahli PAS tidak akan memberi sambutan terhadap parti baharu. Sedangkan hakikatnya, ahli-ahli PAS peringkat akar umbi di seluruh negara sekarang ini begitu ternanti-nanti dan mendoakan kemunculan parti baharu dan jika hari ini diedarkan borang keahlian parti baharu itu, nescaya banyak cawangan-cawangan dan kawasan-kawasan PAS yang akan "bertukar" menjadi cangan-cawangan dan kawasan-kawasan parti baharu. 

Sambutan ke atas G-18 di Muar beberapa hari lalu amat luarbiasa. Di himpunan "perjuangan baru bermula" itu, ahli-ahli PAS sendiri meminta-minta dan menjerit-jerit supaya parti baharu segera ditubuhkan. Ia diulangi di dalam satu forum di Seremban dimana akar umbi terus-terusan meminta supaya parti baharu menggantikan PAS segera ditubuhkan. 

Kemenangan besar hampir 100% golongan ulama di dalam pemilihan PAS baru-baru ini sebenarnya bersamanya adalah "malapetaka" buat PAS sendiri mereka dari kumpulan profesional yang selama ini telah menjulang PAS ke aras yang ada kini telah disingkirkan seperti pembersihan etnik Rohingya. 

Masyarakat Cina telah terang-terangan menyatakan tidak akan mengundi PAS lagi walaupun selama dua pilihanraya sebelum ini masyarakat Cina inilah yang telah banyak memberikan undinya kepada calon-calon PAS. Tanpa undi dari masyarakat Cina, PAS akan menjadi parti kampungan semula. PAS bakal kehilangan banyak kerusi di Parlimen dan DUN di dalam pilihanraya akan datang. Itu pasti. 

Posted By Green Boc 

COMMENTS:

Anonymous said...
In respond to Anon
June 24, 2015 at 9:03 AM

insyaallah aku dan keluarga akan daftar sebagai ahli.

sejak dlm perut mak aku dah kenal pas, sampai dah byk kali mengundi, pas lah satu2nya kesayangan, my late father aktif dlm pas sejak tahun 60an lagi, sejak kecik aku dok tgk byk pintu gerbang pas

Sungguh terharu dengan kisah tuan kerana mata kepala kita sendiri menyaksikan orang-orang seperti ayah tuan. Kawan saya sampai meminjam duit RM 50 semata-mata nak pergi Manik Urai. Dengan RM50 itu lah dia di sana selama 3 hari. Rumah dia pun dijadikan tempat ceramah abang Mat Sabu dan disenaraihitam sebagai peneroka.

Bila PAS di rosak oleh pro ulamak, mana tak sedih. Mereka sangka PAS jadi parti yang kuat semata-mata kerana amalan dan doa mereka selama ini. Dan bila ahli-ahli yang banyak berkorban ini tidak setuju dengan kepimpinan Ulamak dan berhajat keluar dari PAS, senang-senang di hukum sebagai kafir.

Bulan mulia ini doa-doa di makbul kan, saya doakan ayah tuan dan mereka yang telah berjuang dengan susah-payah demi Islam di angakt Allah sebagai hambaNya dan di tempat kan dengan orang-orang yang di muliakan Nya. Amin.

Anonymous said...
Rasanya tak ada sesiapa pun dari ahli biasa hingga G18 yang terlintas ingin menubuhkan parti baru sebelum muktamar di adakan, Tetapi apabila melihat gelagat pro Ulamak yang tidak berakhlak semasa dalam dewan dengan mengeboo nya dan dengan cai nya, masih belum cukup untuk keluar dari parti dan menubuh satu parti baru. 

Tetapi bila usul ulamak di terima tanpa bahas dan kemudian tertangguh tangguh sampai sekarang ini ia nya menampakkan permainan kotor lagi menjijikkan oleh pro Ulamak. Percaya lah jika pro Ulamak berpegang kepada keputusan tersebut dan meminta ahli PAS meletak jawatan, ada juga lagi sedikit rasa hormat pada kepimpinan pro ulamak.

Kita bukan tinggi ilmu agama macam Abduh tetapi bila dia kata hudud telah dibentang bermakna selepas ini UMNO tidak boleh menuduh PAS menipu. Dan katanya lagi sekarang siapa yang menipu? Jadi tak ada ruginya. Memang dalam mainan politik dua-dua tak rugi. Tapi yang rugi Islam ! Masa hudud di bentang adakah kerana Islam atau kerana tipah tertipu-menipu?? Ini pun dah tak betul. Setelah mengaku memberi cukup penerangan dan taklimat mengenai hudud dan apalagi UMNO Kelantan pun sama menyokong, dan degitu positif sekali konon nya dapat sokongan semua ahli parlimen UMNO, Abduh kata nak tenguk siapa yang menipu. Itu yang Abduh duduk diam di parlimen semasa Mahfuz soal speaker, rupanya Abduh sedang tenguk siapa yang menipu. 

Kedua-dua usul baik hudud dan usul tanpa bahas, tidak boleh di terima dengan membiarkan nya begitu saja. Perbuatan ini telah melangkaui garis had yang telah ditetapkan. 


Kepada Allah kita kembalikan.


p/s what a childish thinking! Tak apa dari 'what an ulamdish thinking!'

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena