KUALA LUMPUR, 27 Jun:
“Dia sanggup tetapi adakah dia mempunyai cukup sokongan berdasarkan peraturan untuk dilantik sebagai Menteri Besar?”
Demikian persoalan yang ditanyakan oleh Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Mohamed Mustafa Ishak ketika diminta mengulas mengenai kesanggupan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menawarkan diri untuk menjadi Menteri Besar Selangor semula.
Memetik laporan The Malay Mail semalam, Khalid menawarkan diri untuk menjadi Menteri Besar semula bagi menyelesaikan kemelut kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor di antara DAP dan PAS.
Mohamed Mustafa berkata kesanggupan Khalid itu wajar dipuji tetapi aspek yang lebih besar ialah beliau perlu mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan (ADUN) di Selangor.