Jumaat, 25 November 2016
Rohingya
MAKLUMAN: Usul MP Kuala Terengganu bagi menangguhkan mesyuarat di bawah peraturan 18 (1) dan 18 (2) untuk membolehkan Dewan membahaskan usul mengecam tindakan pembunuhan zalim dan penghapusan etnik regim Myanmar terhadap kumpulan minoriti Islam Rohingnya telah DITOLAK oleh Speaker Dewan Rakyat.
Berhubung serangan ketenteraan dan pembakaran perkampungan etnik Rohingya, Pemuda AMANAH Nasional, Mahasiswa AMANAH serta kepimpinan senior peringkat Nasional mendesak kerajaan Malaysia:
1) Membekukan segera hubungan diplomatik dengan Myanmar
2) Memanggil pulang Duta Malaysia di Myanmar
3) Menghalau Duta Myanmar di Malaysia pulang ke negara mereka
4) Segera memanggil persidangan OIC
5) Menghantar tentera pengaman di lokasi bergolak
Pemuda AMANAH desak usir duta Myanmar
Shakira Buang
(Dikemaskini )
(Dikemaskini )
Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) mendesak kerajaan membekukan hubungan diplomatik dengan Myanmar dan mengusir duta negara itu dari Malaysia.
Ketua Pemuda AMANAH, Sany Hamzan berkata apa yang dilakukan pemerintah Myanmar ke atas etnik Rohingya selama ini tidak mencerminkan negara itu beradab.
"Sebagai bantahan atas pembunuhan beramai-ramai orang Islam di Myanmar dan menolak sekeras-kerasnya keganasan tentera mereka, kami menggesa kerajaan Malaysia membekukan segera hubungan diplomatik dengan Myanmar dan menghalau duta Myanmar dari sini," katanya.
Selain itu, Sany juga mahu kerajaan memanggil pulang segera duta Malaysia ke Myanmar.
Satu lagi langkah yang wajar diambil, kata Sany, ialah mendesak supaya Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan menghantar tentera ke lokasi bergolak di timur Myanmar.
"Ketiga-tiga tindakan ini hendaklah dibuat secara berterusan sehingga Myanmar menghentikan serangan ke atas etnik minoriti Rohingya bertanggungjawab penuh atas jenayah yang telah mereka lakukan," kata Sany.
Sebelum itu Sany mewakilli Pemuda AMANAH menyerahkan memorandum kepada Ketua Penolong Setiausaha Kementerian Luar, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi di Wisma Putra, Putrajaya.
Masyarakat Rohingya kini berdepan dengan keganasan yang digambarkan seperti penghapusan etnik oleh tentera Myanmar melalui pelbagai serangan dan penyeksaan.
Media melaporkan tentera Myanmar menggunakan helikopter menyerang perkampungan masyarakat Rohingya di Rakhine pada 12 November mengakibatkan lapan orang maut.
Ia adalah satu daripada keganasan dijalankan ke atas etnik Rohingya yang tidak diiktiraf oleh kerajaan Myanmar sebagai rakyat mereka.
Kezaliman itu berlaku ketika salah seorang pemimpin politik Myanmar, Aung San Suu Kyi, adalah penerima Anugerah Keamanan Nobel.
Menurut Sany, keadaan etnik itu kini jauh lebih parah berbanding 2012 kerana serangan ke atas kampung-kampung Rohingya kali ini dilancarkan bersama tentera yang lengkap bersenjata.
"Puluhan ribu askar Myanmar dikerah ke daerah Maungdaw dan merebak di seluruh Arakan menggambarkan seolah-olah Myanmar kini sedang berada dalam zon peperangan walaupun sebenarnya mereka memerangi kumpulan yang tidak berupaya dan bersenjata," kata Sany.
Malaysiakini.
0 comments:
Post a Comment