Friday, 25 November 2016

DAP kutuk kezaliman tentera Myanmar ke atas etnik Muslim Rohingya...Amanah di Himpunan Aman Masjid Tabung Haji.

Sabtu, 26 November 2016
Pihak kami (AMANAH) telah menghubungi Cikgu Azmi sendiri dan memaklumkan akan bersama dalam Himpunan Aman esok di Masjid Tabung Haji.

Respon positif drpd Cikgu Azmi, meminta kami hadir beramai-ramai dan membawa bersama plakad. InshaAllah.

Di Parlimen, Raja Bahrin MP Kuala Terengganu merangkap Pengerusi Biro Antarabangsa AMANAH telah menghantar cadangan kepada Speaker Dewan Rakyat berhubung kekejaman terhadap Etnik Rohingya di Myanmar.

Petang ini, Pemuda AMANAH akan ke Wisma Putra, Putrajaya menghantar memorandum Desakan Pembekuan Hubungan Diplomatik dengan Myanmar.

Ini bukan perihal agama atau warna kulit,
Ini perihal kemanusiaan dan hak asasi manusia.
Islam itu Rahmah.

AMANAH Rahmat Untuk Semua!

Khairol Najib Hashim
Suasana Himpunan Aman Solidariti Terhadap Rohingya anjuran Gabungan NGO-NGO di Masjid Tabung Haji selepas Solat Jumaat tadi.

DAP kutuk kezaliman tentera Myanmar ke atas etnik Muslim Rohingya

rohingya
*kredit foto: farsnews.com

KUALA LUMPUR, 25 NOV: DAP mengutuk keras kezaliman yang dilakukan pihak berkuasa Myanmar ke atas ribuan masyarakat etnik Rohingya beragama Islam di wilayah Rakhine sejak Oktober lalu.
Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok berkata tidak ada alasan yang mewajarkan tindakan kerajaan Myanmar berkenaan, khususnya ia melibatkan golongan wanita dan kanak-kanak yang tidak bersenjata dan tidak melakukan apa-apa keganasan.
“Saya amat kecewa dan susah hati melihat kesengsaraan yang dialami masyarakat Rohingya akibat kezaliman tentera Myanmar ke atas mereka.
“Tindakan tidak berperikemanusiaan mereka ini langsung tidak boleh diterima pada zaman tamadun moden sejagat,” tegas Ahli Parlimen Seputeh itu dalam satu kenyataan.
Ribuan etnik Rohingya yang berada di Malaysia dilaporkan mengadakan demonstrasi di hadapan kedutaan Myanmar, di sini selepas solat Jumaat tadi.
Ia turut disertai oleh rakyat Malaysia dari parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan yang cuba menyerahkan lima memorandum membantah tindakan kerajaan Myanmar kepada wakil kedutaan.
Namun, semua memorandum itu hanya dapat diserahkan kepada pengawal keselamatan di kedutaan terbabit. – Roketkini.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena