Gambar berbicara: Samseng Pasir Salak serang Khalid di Parlimen
Sekumpulan penyokong tegar ahli parlimen Pasir Salak yang juga Timbalan Menteri, Datuk Tajuddin Abdul Rahman telah cuba menyerang ahli Parlimen Shah Alam di Parlimen pagi tadi.
Jurugambar Malaysia Dateline, WAN ZAHARI SALLEH yang berada di tempat kejadian telah merakamkan kejadian ganas ini.
Berikut adalah gambar-gambar berkaitan.
Peyokong tegar Tajuddin cuba dihalang dari memukul Khalid di perkarangan Parlimen.
Khalid Samad tiba ke Parlimen dengan keretanya. Beliau terpaksa dilindungi oleh pengawal keselamatan Parlimen.
Seorang penyokong Tajuddin mengeluarkan kata-kata kesat kepada Khalid.
Kekecohan berlaku di depan Parlimen apabila samseng ini cuba menyerang Khalid sambil mengahmburkan kata-kata kesat.
Salah seorang samseng Pasir Salak terpaksa ditegah dari bertindak ganas di perkarangan Parlimen.
Kekecohan berlaku apabila penyokong tegar Tajuddin ini menghamburkan kata-kata kesat ekoran pertegahan antara Khalid dengan Tajuddin di Dewan Rakyat.
Lagi muka-muka yang menimbulkan kekecohan di Parlimen.
0 comments:
Post a Comment