Pas anjurkan Himpunan Solidariti Ummah & Munajat Perdana di perkarangan Masjid Negara, Sabtu ini.
Program Pas dihujani respon ‘berkecuali’
Cubaan Pas untuk menagih perhatian orang ramai supaya menghadiri Himpunan Solidariti Ummah & Munajat Perdana di perkarangan Masjid Negara, Sabtu ini dilihat hanya dihujani kritikan dan sindiran netizen.
Mereka mengaitkan sikap Pas yang ‘berkecuali’ sebelum ini pada ruangan komentar Facebook Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan yang memuatkan poster program diisi dengan solat hajat dan pidato itu.
“Simpati dengan saudara kami di sana (Rohingya di Myanmar, Syria dan Palestin) tapi kami kena berkecuali sebab nanti bimbang kami diserang kuasa besar, mudaratnya lebih besar kepada negara dan rakyat,” ujar Mohd Izamri Kami berbaur sinis.
Tidak kurang juga menyifatkan pendirian Pas yang tidak lagi lantang menyerang pentadbiran kleptokrasi rejim Umno-BN sebagai sebagai jauh tersasar.
“Di Malaysia ni huru-hara. Rasuah sampai bankrapkan negara? Rakyat kena bayar hutang trilion? Puak Pas sibuk alih perhatian masalah negara. Sah pejuang sesat,” bidas pengguna Facebook atas nama Ayeh Idris.
Sementara itu, Tropik Volcom turut menyindir, “Maaf kami berkecuali. Kami dah 60 tahun berpolitik. Jangan ajar kami macam mana nak berpolitik. Yang baik dari Israel kami terima yang buruk kami cadangkan. Inilah politik matang dan sejahtera.”
Nasrudin yang juga Ahli Parlimen Temerloh dalam promosi program itu berkata, umat Islam di Malaysia harus mengambil tindakan mengikut ruang keupayaan demi menyelamatkan insan tertindas walaupun kekejaman tersebut berlaku jauh di luar sempadan negara.
“Melunas tanggungjawab itu, maka kami dari Kongres Rakyat bersama semua pihak NGO prihatin juga parti-parti politik menganjurkan solat hajat dan munajat perdana selepas solat zohor berjamaah di Masjid Negara, “ tambahnya yang juga Setiausaha Kongres Rakyat.
Program anjuran Dewan Pemuda Pas Pusat itu dengan kerjasama NGO-NGO Muslim itu dimulakan dengan sembahyang Zohor berjemaah dan diakhiri sembahyang Asar berjemaah.
Ungkapan ‘berkecuali’ menjadi bahan sindiran banyak pihak sebelum ini ekoran sikap Ahli Parlimen Pas termasuk Nasrudin yang mengambil pendirian berkecuali ketika pengundian Rang Undang-Undang Perbekalan atau Bajet 2017 di Dewan Rakyat, 7 November lalu.
Nasrudin ketika ditanya pemberita memberitahu pendirian berkecuali itu diambil memandangkan mereka bersetuju dengan perkara tertentu tetapi menentang elemen lain.
0 comments:
Post a Comment