Friday, 26 October 2018

[Video Tok Pa sah sertai Bersatu & Sidang Media Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu] Mahathir: Mustapa layak masuk BERSATU.

Sabtu, 27 Oktober 2018

Sidang Media Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu

Bekas anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Seri Mustapa Mohamed sah menyertai BERSATU.
Pengumuman itu dibuat dalam sidang media di ibu pejabat BERSATU sebentar tadi.
Sidang media dihadiri barisan kepimpinan tertinggi parti itu termasuk pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Mustapa berkata keputusan itu setelah meneliti perkembangan politik semasa sepanjang beberapa minggu menjadi anggota parlimen bebas.
"Saya percaya ini akan memberi peluang kepada saya untuk memainkan peranan yang lebih berkesan bagi membela kepentingan pengundi saya di Jeli...,
"Saya menyokong segala usaha Mahathir untuk memberi penekanan terhadap integriti dan ketelusan ke arah mewujudkan tadbir urus yang lebih baik dalam parti dan negara.
"Saya juga menyokong langkah oleh beliau dan kerajaan untuk mengukuhkan kedudukan kewangan. Usaha ini amat penting meletakkan asas yang kukuh dalam memastikan ekonomi negara membangun secara lestari dan mampan," katanya yang juga anggota parlimen Jeli.
Terdahulu dalam sidang media itu, beliau menyerahkan borang keanggotaan BERSATU kepada Mahathir dan kemudian diserahkan replika kad keanggotaan yang tertera namanya.
Pada 18 September lalu, beliau mengumumkan keluar Umno selepas lebih 40 tahun berjuang dalam parti itu, antaranya kerana percaya hala tuju parti itu tidak lagi selari dengan prinsip politiknya dan "tidak banyak usaha dibuat untuk melakukan proses rejuvenasi" secara dalaman.
Mahathir: Mustapa layak masuk BERSATU
Mengalu-alukan penyertaan Mustapa, Mahathir berkata bekas menteri itu layak untuk menyertai partinya.
"Kita beri masa untuknya menjadi anggota parlimen bebas.
"Setelah kita melihat pendiriannya (dalam isu-isu), kita setuju bahawa dia layak menjadi anggota BERSATU," kata perdana menteri.
Ketika ditanya sama ada lebih ramai bekas anggota parlimen UMNO, atau yang masih bersama parti itu, akan menyusuli langkah Mustapa, Mahathir hanya berkata beliau mengalu-alukannya.
"Kita terbuka tetapi mereka perlu jadi bebas dahulu," katanya.
Selain Mustapa, antara anggota parlimen yang telah keluar Umno selepas PRU ke-14 adalah Datuk Mas Ermieyati Samsudin (Masjid Tanah), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang),  Datuk Rosman Isli (Labuan), Datuk Seri Anifah Aman (Kimanis) dan Datuk Noor Azmi Ghazali (Bagan Serai).
Sementara Rozman telah menyertai Parti Warisan Sabah, lagi empat belum menyertai mana-mana parti.
Selepas 9 Mei, anggota parlimen Umno berkurang daripada 54 kepada 48 orang.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena