Friday, 20 March 2015

Hantaran Anak Najib USD 500K? Kenapa YADIM yang perlu sangkal penyebaran tersebut?

Sabtu, 21 Mac 2015

YADIM Nafi Hantaran Anak Najib USD 500K, JAWI Mahu Ambil Tindakan. - Dengan Kemaskini.


Ini satu lagi cerita pelik. Takde angin, takde ribut, YADIM dan JAWI pula yang meroyan. Yang kahwin anak Najib. Pasal hantaran effect Najib dan family. Pasal apa YADIM dan JAWI nak sentap kan?

Sepatutnya Najib la bersuara membetulkan keadaan andai penyebaran itu palsu.

Baca : Sijil Nikah Anak Najib Tersebar.

Ini apa yang mereka kata ;

Yayasan Dakwah Islamiyah (Yadim) menangkis dakwaan bahawa hantaran untuk perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebanyaK AS$500,000.

Pengerusi Yadim, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, gambar yang mendakwa jumlah hantaran sebanyak itu disahkan "palsu" oleh Ketua Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Paimuzi Yahya.

“Tadi dalam mesyuarat pasca kabinet, Ustaz Paimuzi mendedahkan bahawa sijil nikah anak PM telah dipalsukan dengan meletakkan nilai hantaran sehingga As$500,000,” kata Wajdi dalam tulisan di Facebook.

Menurutnya, JAWI akan mengambil tindakan kepada mereka yang tidak bertanggungjawab menyebarkan sijil nikah palsu itu.

Gambar tersebut menunjukkan sijil nikah di antara anak Najib, Nooryana dan pasangannya, anak kepada pembesar Kazakhstan, Daniyar Kessikbayev.

Sijil nikah itu turut tertera alamat kediaman rasmi Najib di Seri Perdana Putrajaya. -Mkini.

Pertama. Kenapa YADIM yang perlu sangkal penyebaran tersebut? Ini kan sembang tentang Najib dan hal keluarganya? Maka biarlah Najib yang ulas sendiri.

Kedua. JAWI nak amek tindakan yang pada edit jumlah wang hantaran. Maksudnya apa? Maksudnya gambar yang disnap itu betul. Cuma part hantaran kena edit. Soalnya, kenapa nak snap sijil nikah tue? Yang snap tue la yang sebar seterusnya membolehkan ianya diedit. Sapa snap, sapa sebar, sapa edit tue semua aku tatau. Yang aku tau, tau-tau aje dah tersebar di wassap dan laman sosial. Aku pun petik dari sana.

Ketiga. Dalam waktu yang sama, aku harap JAWI boleh amek tindakan terhadap artis seksi dan filem mengarut2 bagai di Malaysia. Drama. Majalah semua cukup. Sebar sijil nikah edit vs yang mempromosikan kemungkaran. Mana lagi teruk? Kurang2 bila kau dah betulkan (anggap je la JAWI berkata benar bahawa sijil nikah tue edit) salah faham, kurang2 orang yang dah tahu akan laju2 maklumkan penjelasan dari pihak korang. Tapi bagaimana pula dengan MANGGA dan seangkatan dengannya? Seolah-olah macam tiada tindakan pun ye juga.

Tapi. Jujur aku cakap. Takan ada orang luar yang boleh snap gambar tersebut. Alamat, butiran, nama penuh, nama saksi, nama pengantin semua lengkap dowh. Ini kerja orang dalam gak. Persoalannya, ini hanya surat perakuan nikah saja. Kenapa perlu snap? Dan sebar? Mesti ada sesuatu tujuan untuk dia snap dan sebar. Apa yang menarik sangat kat surat tue sampai sanggup snap dan sebar? Betul ke wang hantaran 5k? 



Ambil tindakan ke atas pegawai? JAWI yang nak amek tindakan? Maka nak bagitau ke itu geng2 JAWI sendiri yang sebarkan? Persoalannya kenapa dia sebar dan edit jumlah wang hantaran tue woi? Kenapa nak susahkan diri sendiri hahhhhhhh?

Ameno World

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena