Saturday, 28 March 2015

TG Haji Hadi 'tidak tahu' Mat Sabu ditahan polis?

Ahad, 29 Mac 2015

Hadi 'tidak tahu' Mat Sabu ditahan polis



Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata beliau "tidak tahu" timbalannya Mohamad Sabu ditahan polis tengah malam tadi di Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Hadi, yang dilihat kian renggang dengan timbalannya, berkata demikian sewaktu bergegas selepas merasmikan konvensyen PAS Wilayah Persekutuan di Gombak hari ini.

Ahli parlimen Marang didekati wartawan, selepas menunggu hampir setengah jam, tetapi enggan mengulas sebarang soalan, termasuk keputusan DAP Sarawak keluar daripada gabungan pembangkang di negeri itu.

Beliau menjawab "tidak tahu" apabila diajukan soalan berhubung penangkapan timbalannya.

Hadi mempunyai sikap berbeza terhadap perhimpunan pro-Datuk Seri Anwar Ibrahim, berbeza dengan timbalannya, lebih popular dikenali Mat Sabu, yang dilihat sangat pro-Pakatan.

Bagaimanapun naib presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengecam tindakan polis menahan Mat Sabu.

"PAS mengutuk sekeras-kerasnya penahanan Mohamad, naib presiden PKR Rafizi Ramli dan para aktivis yang lain oleh polis tanpa sebab yang jelas dan kukuh," katanya.

"Kerajaan perlu menghadapi bantahan rakyat terhadap GST yang bakal mendatang 1 April ini, dan beberapa isu panas seperti 1MDB dan salah guna kuasa; dan bukannya mengalihkan isu dengan tindakan membuli dan menahan pimpinan pembangkang dan aktivis-aktivis yang memperjuangkan isu rakyat tanpa sebab yang jelas."

Selain Mohamad dan Rafizi, polis juga turut menahan aktivis politik Hishamuddin Rais malam tadi. Naib presiden PKR Tian Chua ditangkap hari ini di Sentul, Kuala Lumpur.

Mohamad dijadual memimpin demonstrasi Kita Lawan dari ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut sebelum menuju ke kompleks membeli-belah Sogo.

Selain isu-isu semasa seperti skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), perhimpunan kali ini turut "meraikan" perkahwinan anak perempunan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Dalam perarakan kira-kira 500 peserta dari Sogo ke menara berkembar KLCC, pemimpin-pemimpin Pakatan yang ditahan di balai Dang Wangi sempat melambai-lambai kepada penyokong mereka.

Dalam kenyataannya pagi ini, Tuan Ibrahim juga berkata tindakan polis menahan seumpama itu "akan menambahkan kebencian rakyat terhadap kerajaan BN dan juga hilang hormat pada kewibawaan polis."

Beliau juga menggesa Pakatan Rakyat agar "memperbesarkan isu penyelewengan dan salah guna kuasa BN dan kecilkan perbezaan, terutamanya dalam isu hudud."

"Hormatilah perbezaan kecil ini untuk membolehkan kita meraikan persamaan yang teramat luasnya. Musuh politik kita masih sama iaitu BN-Umno," katanya.

Laporan langsung Kita Lawan:Polis tutup laluan perarakan 'edisi perkahwinan'

BLM.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena