Terkini - Rafizi Ramli Ditahan Polis
Seru PKR sertai demo esok, Rafizi ditahan polis
Naib Presiden Rafizi Ramli ditahan polis petang ini berhubung seruannya terhadap anggota PKR supaya menyertai perhimpunan berhubung perhimpunan Kita Lawan esok
Beliau yang juga setiausaha agung PKR ditahan bawah Akta Hasutan di pusat khidmatnya di Pandan.
Beliau kini akan dibawa ke IPD Dang Wangi untuk disoalsiasat.
- mkini
BLM.
Rafizi Ramli kena tangkap lagi...
Naib Presiden PKR Rafizi Ramli ditangkap di pusat perkhidmatannya di Pandan petang ini mengikut Akta Hasutan kerana satu kenyataan yang dikeluarkannya berhubung perhimpunan #KitaLawan esok.
Menurut timbalan ketua dan pengarah komunikasi Pemuda PKR Fahmi Fadzil, Rafizi akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk siasatan lanjut.
Rafizi mengeluarkan satu kenyataan semalam meminta pemimpin PKR menggerakkan ahlinya untuk perhimpunan itu yang akan diadakan di ibu negara esok.
"PKR berharap semua rakyat Malaysia yang sayangkan Malaysia akan hadir dan bersuara demi menuntut hak kita dan menentang kezaliman kerajaan persekutuan.
"Kami juga berharap pihak berkuasa tidak cuba melanggar hak kami berhimpun secara aman," katanya.
Perhimpunan esok akan bermula di 3 lokasi sekitar bandar raya diikuti dengan perarakan ke pusat membeli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Tujuannya menuntut pembebasan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara dan peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, serta menolak cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan dikuatkuasakan pada 1 April.
Perhimpunan besar #KitaLawan yang terakhir pada 7 Mac menyaksikan 11 orang ditahan, kebanyakannya pemimpin politik pembangkang lapor The Malaysian Insider
Posted by Anak Sungai Derhaka
0 comments:
Post a Comment