Saturday, 28 March 2015

#KitaLawan! Dr.Afif - "Jangan halang rakyat yang ingin berhimpun"...Polis halang jugak...

Sabtu 28 Mac 2015




Peserta Himpunan #KitaLawan Kini Di KLCC - Dihalang Dari Memasuki KLCC Oleh Polis.


Sekitar 700 peserta perhimpunan KitaLawan yang tiba di hentian akhir mereka iaitu di KLCC pada jam 6 petang berdepan dengan halangan polis di Jalan Ampang di hadapan bangunan Wisma Selangor Dredging.

Dua jam sebelumnya iaitu sekitar jam 4 petang, sekitar 50 orang berkumpul di sekitar Masjid Jamek sebelum mereka mula bergerak untuk bergabung dengan lebih ramai peserta perhimpunan di persimpangan Jalan Parlimen dan Jalan Raja.

Sambil melaungkan teriakan 'Reformasi', 'Hapus GST', 'Bebas Tahanan' dan 'Undur Najib', mereka meneruskan perjalanan dengan menguasai laluan kenderaan di Jalan Raja Laut untuk ke Kompleks Sogo.

Antara perkara yang menarik perhatian adalah ada dalam kalangan peserta perhimpunan yang siap dalam persalinan baju Melayu dan membawa bunga manggar. Mereka beramai-ramai menyanyikan lagu 'Selamat Pengantin Baru' yang diubah kepada lirik parodi.

Sementara itu, antara pemimpin yang hadir memberi sokongan pada perhimpunan dan melaungkan kata-kata semangat di dataran Kompleks Sogo ialah Ketua Bersih 2.0, Maria Chin; Naib Ketua AMK Pulau Pinang, Dr. Afif Bahardin dan Ketua Jingga 13 Fariz Musa.

Turut kelihatan ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad; aktivis Mandeep Singh dan Sasterawan Negara A. Samad Said.

"Kita berhimpun kerana kita berhak sebagai rakyat Malaysia. Saya beri amaran kepada KPN supaya jangan halang rakyat yang ingin berhimpun," kata Afif.

Antara ulangan isu yang dibangkitkan dalam episod perhimpunan kali ini adalah mengenai GST, 1MDB, hutang negara, ketidakadilan dan penahanan pemimpin Pakatan Rakyat. -Awani.


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena