Pages

Wednesday, 18 March 2015

Hudud: DAP, MCA, Gerakan, Gabungan Cina kelirukan orang Cina - Anuar Tan

Khamis, 19 Mac 2015


Hudud: DAP, MCA, Gerakan, Gabungan Cina kelirukan orang Cina - Anuar Tan

AKHBAR CINA
DI KOTA BAHARU - 18 MAR 2015
Satu-satunya wakil rakyat keturunan Cina di Kelantan iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama, Datuk Anuar Tan Abdullah mendakwa DAP, MCA, Gerakan dan Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia telah mengelirukan orang Cina berkenaan hukum hudud.

ADUN beragama Islam itu turut berterus-terang bahawa Pas berharap hukum hudud dapat dilaksanakan di seluruh negara.

Anuar Tan menegaskan bahawa semua Muslim harus menyokong hudud, tetapi beliau pada masa yang sama memahami kenapa masyarakat Cina membantah pelaksanaan hukum itu.

Menurutnya, bantahan itu berlaku kerana masyarakat Cina masih tidak memahami mengenai hukum itu.

"Oleh itu, kita harus melaksanakan hukum hudud. Dengan pelaksanaannya, barulah masyarakat Cina akan tahu bahawa hukum hudud tidak beri kesan kepada bukan Islam," kata ADUN Pas itu seperti dipetik Sinchew Daily.

Jelasnya lagi, ramai yang masih salah faham mengenai pelaksanaan hukum hudud di Kelantan dengan bertanya apa yang akan berlaku jika bukan Islam dirogol oleh perogol beragama Islam.

"Jawapannya kes rogol tidak termasuk dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (pindaan 2015) yang dicadangkan jadi jenayah rogol akan dibicara dalam mahkamah biasa.

"Jenayah Syariah hanya libatkan enam kesalahan iaitu mencuri, merompak, khalwat, memfitnah orang lain khalwat atau liwat, meminum minuman keras serta murtad," katanya.

Anuar bagaimanapun enggan mendedahkan lebih lanjut mengenai pindaan enakmen tersebut.

Sementara itu, ADUN Guchil, Roslan Puteh yang merupakan satu-satunya ADUN Kelantan daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) enggan menyatakan pendirian ketika ditanya sama ada akan menyokong pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (pindaan 2015).

Dalam pada itu, Sinchew Daily turut melaporkan wakil rakyat DAP memilih berdiam diri mengenai isu hudud dan enggan mengulas banyak.

Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok dan Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke masing-masing mahu menilai langkah selanjut rakan pembangkang iaitu Pas berhubung isu hudud.

DAP sebelum ini menyalahkan MCA kerana gagal menghalang UMNO daripada menyokong hukum hudud. MCA pula mempertikaikan DAP kerana tidak berupaya menghalang Pas mengusulkan cadangan pindaan enakmen berkenaan hudud di Kelantan.

Ketua Penerangan MCA, Datuk Chai Kim Sen dalam satu kenyataan pada Selasa 'membelasah' DAP kerana parti pembangkang terbesar dengan 37 Ahli Parlimen itu tunduk kepada parti pembangkang terkecil iaitu Pas yang hanya mempunyai 21 Ahli Parlimen.

"Walaupun DAP menguasai 43 peratus kerusi dalam kalangan pembangkang, tetapi DAP gagal menunjukkan pengaruhnya," katanya.

Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong juga seangkatan dengan MCA dengan mempersoalkan kenapa DAP tidak menghalang Pas daripada melaksanakan hukum hudud.

No comments:

Post a Comment