Geng Wala jadikan DAP 'punching bag' demi kepentingan muktamar sepertimana UMNO dengan MELAYU nya..!!
Geng Wala PRO ulama2 besarnya sedang cuba menimbulkan provokasi dan kebencian ahli2 pas terhadap parti DAP ..kononnya DAP adalah parti orang cina yang anti islam dan anti melayu ,menindas org islam dan melayu ....
tektik ini telah lama digunapakai oleh kuncu2 umno semasa pilihanraya ..namun semuanya ini hanyalah helah yang sengaja diperbesarkan oleh mereka . Tektik ini juga bertujuan untuk menutup segala kepincangan yang telah mereka lakukan sendiri .
Mereka juga sedang cuba ingin mengambil kesempatan untuk menjadi hero dikalangan ahli2 PAS sekaligus mempengaruhi undi perwakilan pada muktamar Jun nanti .
Senario lebai jentik jangan sesekali kita lupa . Senario ini lah yang telah menyedarkan kita siapa kah sebenarnya talibarut umno yng telah bertapak didalam parti PAS . Senario ini juga telah menyebabkan ukhwah dikalangan ahli2 PAS berkecai .
Bukan setakat itu sahaja, hubungan antara parti didalam PAKATAN RAKYAT juga retak... . Hubungan ini ibarat retak menanti belah gagal diselamatkan oleh presiden yang ada sekarang Hj Hadi ternyata gagal menyatu padukan kembali ukhwah yg baik antara seluruh ahli parti ,yang mana telah dibentuk oleh presiden parti yang terdahulu.
Kesombongannya dan keegoan disamping sering berdolak dalik dalam kemelut politik juga mempengaruhi jurang perbalahan yang berlaku sekarang.
Mengapa harus salahkan keluarga lain sedangkn keluarga sendiri gagal dikawal dan ditarbiyah dengan baik ? Mengapa harus menyalahkan orang lain sedangkan segala persoalan yang diajukan gagal dijawab dan ditangani dengan bijak .?
Teringat lagi jawapan2 bijak darinya " IKUT SAYA LAH NAK HADIR ATAU TIDAK "
Perwakilan Pas masih mempunyai masa untuk membetulkan segala kesilapan dalaman parti . Perwakilan masih mempunyai masa untuk menstruktur kembali parti agar masih diterima oleh segenap masyarakat Melayu,Cina ,India Dayak Kadazan .
Perwakialn jug masih mempunyai masa untuk laku kan yang terbaik demi rakyat Malaysia yang inginkan perubahan .
Selamat Bermuktamar ...
Takbir ..
AAK
Dr Zuhdi: DAP Makin Keterlaluan
RAKYATNEWS
KUALA LUMPUR - Sikap DAP yang keterlaluan campur tangan urusan dalaman Pas serta cuba mencorakkan organisasi kepemimpinan parti itu bakal menjadi punca kepada keretakan dalam pakatan pembangkang.
Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki berkata, tindak-tanduk pemimpin-pemimpin DAP kebelakangan ini jelas menunjukkan adanya perancangan parti itu untuk menguasai Pas melalui pemilihan Muktamar Pas bulan depan.
“Jelas kelihatan DAP sedang berusaha untuk menyingkirkan pimpinan-pimpinan Pas yang berani berkata ‘tidak’ atau ‘no’ kepada DAP. Untuk menyingkirkan jaluran pimpinan-pimpinan Pas yang tegas seperti ini, DAP telah melakukan serangan habis-habisan terhadap Presiden Pas (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) yang sebelum ini tidak tunduk kepada desakan-desakan DAP dalam mesyuarat-mesyuarat pakatan.
“Muktamar Pas yang akan bermula Khamis minggu depan, dilihat sebagai peluang keemasan untuk menaikkan pimpinan-pimpinan Pas yang dapat memenuhi kehendak DAP atau dengan perkataan lain, mereka yang ‘yes man’. Usaha DAP dilihat mulai berputik apabila buat pertama kali sejak era kepemimpinan ulama, Presiden Pas yang kini disandang oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah dicabar,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook miliknya.
Menjelang Muktamar Pas di Kuala Selangor, bulan depan, pimpinan DAP dilihat banyak mengkritik Abdul Hadi dan baru-baru ini, Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatan, Lim Guan Eng mengkritik Presiden Pas itu apabila mendakwa hanya jasad Abdul Hadi bersama pakatan pembangkang, sebaliknya hati bersama UMNO.
Menurut Mohd. Zuhdi, bagi mana-mana pimpinan Pas yang merelakan campur tangan dan tunduk kepada kehendak DAP, tindakan itu disifatkan sebagai bacul dan khianat.
“Sekiranya hasrat DAP untuk menaikkan pimpinan yang lunak terhadap desakan mereka berjaya dalam muktamar kali ini, Pas akan menjadi sebuah parti yang hilang maruah dan suara tegas Islam semakin luntur di Malaysia,” katanya.
Jelas Mohd. Zuhdi, pencabar bagi jawatan Presiden Pas, Ahmad Awang dilihat lebih lunak kepada desakan-desakan DAP berbanding Abdul Hadi yang cukup dikenali sebagai tokoh yang tegas dan berprinsip sejak zaman mudanya.
Katanya, ketegasan Abdul Hadi juga menjadi penghalang kepada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendominasi pakatan pembangkang serta menjadikan Pas sebuah parti yang berprinsip dan bermaruah.
“Bagaimanapun, apabila dalam kalangan pimpinan di bawah Presiden mula menyanggah ketegasan Presiden mereka sendiri, khususnya sejak isu ‘Langkah Kajang’, pihak yang tidak senang dengan ketegasan Presiden Pas ini mulai menghidu peluang untuk menyingkir beliau dan pimpinan-pimpinan Pas yang setegas beliau.
“Situasi ini makin terserlah, apabila ada pimpinan-pimpinan tertinggi Pas yang menyanggah Presiden mereka sendiri dalam mesyuarat-mesyuarat pakatan, malah pernah satu ketika ‘membakulsampahkan’ keputusan Presiden Pas yang dipersetujui sebulat suara ketika mereka mewakili Pas dalam Mesyuarat Majlis Presiden pakatan pada 17 Ogos tahun lalu,” katanya.

No comments:
Post a Comment