Pages

Thursday, 28 May 2015

Pas akan kena 'kencing' Umno? Gerakan pulak hentam speaker terima RUU hudud...

Jumaat, 29 Mei 2015

Saya dah agak dah dari awal lagi semasa Jamil khir berucap di parlimen awal tahun lepas di mana dia mengatakan kerajaan pusat akan memberi laluan kpd kerajaan Kelantan laksanakan hudud dan akan beri kerjasama....awal lagi saya rasakan pas akan kena kencing umno...nah skrg dah terbukti di mana Jamil kata pula kena ikut perlembagaan lord reid di mana perlu majoriti 2/3 utk pinda dan masukkan hudud...umno mahu sokong ke...dah 57th umno tolak selepas merdeka....

Gerakan hentam speaker terima RUU hudud


Pemuda Gerakan menyelar speaker parlimen kerana menerima rang undang-undang (RUU) persendirian PAS bagi membuka laluan ke arah pelaksanaan hudud di Kelantan.

Ketua Pemudanya Andy Yong berkata perkara itu bertentangan dengan Perintah Tetap parlimen.

Menurutnya lagi, dalam sejarah belum pernah ada ang undang-undang persendirian daripada pembangkang diterima atau dibahaskan di dewan.

Justeru, kata Yong, jika diterima kali ini maksudnya “ada sesuatu yang tidak kena”.

Beliau berhujah, seksyen 49(2) Perintah Tetap menyebut bahawa rang undang-undang persendirian yang tidak selari dengan undang-undang persekutuan, sekretariat patut menolaknya.

Pengkritik berkata PAS tidak patut melaksanakan undang-undang jenayah Islam di sampai undang-undang sivil sedia ada kerana bertentangan dengan perlembagaan persekutuan sebagai undang-undang tertinggi.

BLM

No comments:

Post a Comment