Pages

Sunday, 3 May 2015

PM Taichi Kepada Shabery, Shabery Taichi Kepada Kabinet, Kabinet Garu Te***

Ahad, 3 Mei 2015

ROSMAH !!!.. AWAK DI MANA.... Di S'pore ka? Di Bangkok ka? atau di Dubai ka?

Ikon Shopping Negara = FLOM Rosmah

PERINGATAN !!!.. Setiap kali anda berbelanja DIKENAKAN BAYAR GST, keuntungan GST itu akan mengalir ke kantong dot dot dot....


SELAMAT BERGEMBIRA BAYAR GST ...
GST = Government Says Thanks 
like emoticon

Image result for Gambar GST

Memiskinkan Orang Melayu : PM Taichi Kepada Shabery, Shabery Taichi Kepada Kabinet, Kabinet Garu Te***


Dulu paling ramai golongan yang tidak perlu membayar cukai pendapatan adalah orang Melayu khususnya mereka yang berpendapatan kurang daripada RM3000 sebulan. Dasar Kerajaan sasarkan untuk membantu semua orang yang berpendapatan ke bawah RM3000 sebulan, dan secara 'default' majoriti golongan ini adalah orang Melayu.

Dasar Najib pula dengan cukai GSTnya bertujuan untuk memaksa semua golongan, termasuk mereka yang berpendapatan paling rendah sekali pun untuk bayar cukai GST.  Pertama sekali GST mengurangkan 'purchasing power' orang tanpa mengira golongan berpendapatan rendah atau kaum termiskin. Bagi setiap RM100 pendapatan, purchasing power semua orang telah turun jadi RM94 sahaja.  RM6 diambil dasar suami kepada mangsa pendandan rambut.

Yang lebih serious ialah cukai GST telah akibatkan harga barang naik dengan mendadak.   Popiah yang dulunya 90 sen satu sekarang dijual dengan harga RM1.00 atau RM1.10 - kenaikan harga 11% - 22%.

Di satu tempat, makanan warong ayam goreng, nasi, dua sayur dan teh tarik yang dulunya RM8.00 sekarang sudah jadi RM12.00 - kenaikan harga 50%. 

Inilah disebut 'double whammy' atau kena pukul dua kali. Bukan saja RM100 hanya dapat membeli barang bernilai sebanyak RM94 tetapi harga barang sendiri sudah naik. 

Sejak GST diperkenalkan pada bulan April  2015, gedung gergasi hypermarket tertentu  telah mengalami kemerosotan jualan sebanyak 28%.  Kedai jual kamera berfrancais mengalami kemerostan sebanyak 50%.  Penjualan di restoran beriyani seorang sahabat kurang sebanyak 30% pada bulan April. Dalam perniagaan saya sendiri jualan kami merosot 30% berbanding bulan Mac 2015.

Jadi setakat ini GST sudah berjaya memiskinkan orang Melayu dan mengakibatkan kemerosotan ekonomi. Ini adalah kerana harga barang sudah naik jauh lebih daripada 6% yang digembar-gemburkan oleh golongan yang tidak faham apa pun pasal bisnes atau isu kewangan.

Bagi saya kesan negatif GST bukanlah masalah "one off'" yang akan pulih dalam masa sebulan atau tiga bulan. GST ini membawa kesan buruk yang mengikut segala rupanya akan kekal dalam ekonomi negara.

Sebenarnya duit RM100 itu sekarang mempunyai purchasing power yang jauh lebih kurang dari RM94.00.  Pada pendapat saya, duit RM100 itu hanya dapat membeli barang yang bernilai RM90 atau kurang daripadanya.  

Ini bermaksud bahawa 'consumption' atau pembelian oleh pengguna akan berkurangan sebanyak 10% atau lebih. Maknanya pertumbuhan ekonomi yang disukat oleh keluaran kasar negara (GDP)  pasti akan terbantut.  

Saya rasa Perdana Menteri, ahli Kabinet Ahmad Maslan dan Shabery Cheek semuanya tidak faham kesan buruk GST  kepada ekonomi negara.

Contohnya PM tidak faham isu GST dan 'prepaid top up' dan menyerahkan kepada Shabery Cheek untuk menanganinya. Shabery pula  telah memberi tabik spring 'yes sir, no sir, three bags full sir' dan kemudian berkata 'saya pun tak tahu macam mana nak handle benda ini'. Shabery taichi masalah ini kepada Kabinet pula. Dia akan briefing kepada Kabinet Rabu depan.

Saya ada sedikit cadangan : 'Why not tanya Ahmad Maslan IQ 3.85 untuk membantu? Kan Ahmad Maslan IQ 3.85 expert seantero dunia dalam hal GST, lebih ariff dari Tun Dr Mahathir Mohamed, perdana menteri Malaysia selama 22 tahun? Go and ask Ahmad Maslan IQ 3.85 lah. 

Kenapa pula Najib tai chi kepada Shabery, Shabery pula taichi kepada Kabinet, Kabinet pula garu teloq tak tahu apa nak buat.
Pendek kata, dandan rambut memang sudah mahal. Tak payah monitor harga barang - memang sudah naik dan akan naik. Sebab GST.  Tapi tolong monitor sales atau jualan di supermarket, stesen pam minyak, kedai runcit, pasar malam, restoran, warong nasi lemak dan sebagainya.

Jika kemerosotan dalam penjualan (atau consumption) kekal sampai penghujung bulan Jun, please abolish the GST.   Ini cadangan saya. This is one of the biggest  mistakes committed by that MORON.

http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment