KES MYVI PEMBUNUH... DAH NAK BERBUNUH-BUNUH SAKSI PULAK!!!
Malahan ada pengguna Facebook yang mula mendedahkan butiran setiap seorang daripada mereka termasuklah kereta MyVi yang terlibat dengan kemalangan yang membunuh pasangan suami isteri malang bersama-sama bayi mereka.
Admin kelab tersebut cuba tampil untuk menafikan pembabitan ahli-ahli kelab tersebut. Bagaimanapun, di tengah-tengah kemarahan orang ramai, penafian tersebut seumpama mencurahkan minyak ke atas api yang bukan sahaja memarakkan nyalaannya bahkan membakar si penafi.
Rakaman CCTV yang turut disiarkan oleh pengguna Facebook dari pondok tol menunjukkan dengan jelas perlumbaan membabitkan kenderaan-kenderaan berkenaan. Penafian kononnya kenderaan-kenderaan tersebut tidak berlumba sebelum salah sebuahnya hilang kawalan dan membunuh pasangan suami isteri serta bayi mereka, dilihat seperti sebuah penafian palsu.
Untuk makluman, pengguna-pengguna Lebuhraya DUKE terutama pada tengah malam kerap menyaksikan perlumbaan haram melibatkan pelbagai kenderaan sejenis termasuklah motosikal. Bagaimanapun, kurang operasi daripada pihak berkuasa menyebabkan gelagat tersebut bermaharajalela.
Bagaimana pula dengan CAKAP BESAR kononnya kumpulan tersebut mempunyai 'ORANG DALAM' sepertimana yang didedahkan oleh para pengguna Facebook? Adakah ianya satu fitnah juga?
No comments:
Post a Comment