Pages

Sunday, 3 May 2015

Pemandu wanita terlibat 'Lumba Haram' kereta Perodua Myvi di lebuh raya Duke ditahan polis

Ahad, 3 Mei 2015

Pemandu Wanita Terlibat Lumba Haram Yang Mengorbankan 3 Sekeluarga Ditahan Polis




  • KUALA LUMPUR - Seorang pemandu wanita telah ditahan dan polis kini sedang menjalankan siasatan sama ada enam buah kereta Perodua Myvi yang berlumba (haram) di lebuh raya Duke malam semalam terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawa pasangan suami isteri dan bayi mereka yang berusia enam bulan.

Menurut saksi, FAiruz Nizam Husain, 35, maut serta merta di tempat kejadian manakala isterinya, Nova Safitri Azhari, 25, dan bayi perempuan mereka, Nur Fizura Annisa, meninggal ketika dalam perjalanan ke hospital selepas kemalangan yang berlaku pada jam 1.05 pagi Sabtu.

Sebuah kereta Myvi di lorong kanan melanggar Pajero Fairuz yang berada di lorong tengah menyebabkan mangsa hilang kawalan dan melanggar sebuah kereta Myvi yang berada di lorong kiri.

Fairuz yang hilang kawalan menyebabkan Pajero yang dipandunya berpusing beberapa kali dan ketiga-tiga mangsa tercampak keluar dari kenderaan.

Seorang pemandu Myvi, Siti Noor Aini Mohd Said, 35, mengalami kecederaan ringan, manakala seorang lagi pemandu Myvi, Mohammad Fizal Reza Jamaluddin, 31, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Lapor portal Rakyat Post, pemandu wanita terbabit telah ditahan manakala beberapa pemandu Myvi yang lain telah tampil ke balai polis bagi membantu siasatan. Pemandu wanita terbabit ditahan ketika sedang mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Tiga buah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu telah diambil untuk siasatan dan kes disiasat di atas pemanduan secara melulu.

Difahamkan, Fairuz dan keluarga dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghadiri majlis perkahwinan kenalan mereka di Putrajaya.

Menurut saksi, beberapa buah kereta Myvi dipandu dengan laju di lebuh raya Duke ketika sebuah Myvi berlanggar dengan Pajero yang dinaiki mangsa sekeluarga dan hilang kawalan lalu melanggar sebuah kereta Myvi di lorong pelahan yang menyebabkan kereta mangsa berpusing beberapa kali.

Jenazah Fairuz, isteri dan anaknya dituntut oleh waris keluarga untuk pengebumian semalam. Pasangan itu meninggalkan dua anak mereka, Nur Firuza Amira, 7, dan Nur Firuza Akila, 3.

No comments:

Post a Comment