BUKTI !!! Myvi (FMC) Berlumba Di Atas DUKE
Nampaknya penafian ahli FMC yang rakan mereka tidak berlumba di atas DUKE terbongkar...Saksikan video ini...
BeritaPantas92
Sekadar hiasan.
[GAMBAR & VIDEO] Rempit Myvi Akibatkan 3 Beranak Maut, 2 Yatim Piatu
Berang kecuaian pemandu Myvi
Kemalangan yang meragut nyawa sepasang suami isteri dan bayi mereka berusia enam bulan di Lebuhraya Duke awal pagi Sabtu lalu, mendapat perhatian rakyat Malaysia.
Mereka ialah Fairuz Nizam Husain, 35, isterinya Nova Safitri Azhari, 25, dan bayi mereka Nur Firuza Annisa.
Fairuz Nizam yang memandu kenderaan Pajero maut di tempat nahas manakala isteri dan anaknya meninggal di Hospital Kuala Lumpur.
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan S Markandan berkata, kejadian pada jam 1.05 pagi di laluan dari arah Ulu Klang menghala Jalan Duta.
Beliau berkata kemalangan berlaku apabila Pajero itu yang berada di lorong tengah dipercayai digesel dari sebelah kanan oleh sebuah kereta Myvi.
“Akibat pelanggaran itu, kereta mangsa terbabas di sebelah kiri sebelum dilanggar sebuah lagi kereta Myvi yang berada di lorong kiri.
“Kenderaan mangsa berpusing beberapa kali dan menyebabkan mereka tercampak di atas jalan,” katanya.
Sebagai tanda simpati, ramai yang menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan menyuarakan perasaan sedih di laman sosial.
Tidak kurang juga marah dengan kecuaian pemandu Myvi dipandu secara melulu sebelum merempuh kenderaan dipandu Allahyarham Fairuz Nizam.
Kedua-dua pemandu kereta Myvi itu, seorang daripada mereka seorang wanita berumur 35 tahun, cedera ringan manakala seorang lagi pemandu lelaki berumur 31 tidak cedera.
Laman Facebook dipenuhi spekulasi bahawa kejadian itu berpunca daripada enam kereta Myvi yang sedang berlumba sekitar jam 1 pagi.
Malah akaun Facebook Familia Myvi Club diserang dengan kritikan daripada pengguna laman sosial itu yang berang dengan perbuatan ahli kelab tersebut.
Pemilik akaun dengan nama Faizul Rahimi dalam komennya berkata, kelab tersebut perlu dipersalahkan atas kejadian itu.
“Kalau sebuah saja yang berlumba, salah individu. Tapi kalau dah sampai beberapa buah kereta dari kelab ini terlibat, terpaksalah tuding jari dekat kelab ini.
“Yang berlumba kau orang serah dekat polis. Minta maaf secara terbuka dan bubar terus lagi elok,” katanya.
Sementara itu, seorang lagi pengguna dipercayai ahli keluarga mangsa, Azeera Rahmat berkata, kejadian tersebut telah menyebabkan dua orang lagi anak pasangan itu menjadi yatim piatu.
“Kau orang telah menyebabkan anak buah aku jadi yatim piatu,” katanya.
Rata-rata komen juga mendesak agar Familia Myvi Club menasihatkan ahli mereka yang terlibat dalam kemalangan itu agar menyerah diri kepada polis.
“Minta presiden serah semua suspek. Semoga kelab ini bertanggungjawab dengan apa yang menimpa keluarga ini,” tulis pengguna dengan nama Nizam Giler-Giler Rider.
Terdapat juga akaun Facebook yang baharu diwujudkan bernama Familia MurderMyvi Club–FMC tanda kemarahan kepada pemandu Myvi terlibat.
Setakat jam 7 petang semalam, laman tersebut mendapat 1,135 like. -SH

Gambar Kemalangan Maut Myvi Langgar Pajero 2 Mei 2015
Insiden lumba haram melibatkan enam buah Myvi pada awal pagi Sabtu 2 mei 2015 di Lebuhraya Duke arah Damansara dan melanggar kereta jenis SUV Pajero Sport telah menyebabkan satu keluarga maut. Menurut saksi, satu pasangan (Suami dan Isteri) dan anak beliau (bayi berusia 6 bulan) meninggal dunia.
Difahamkan, kemalangan maut yang berlaku pada jam 12.30 pagiberpunca dari 6 buah Perodua Myvi yang berlumba sesama mereka dan salah satu daripada Myvi tersebut terbabas lalu melanggar sebuah Pajero Sport menyebabkan Pajero itu terbalik manakala penumpang tercampak keluar. Untuk info, kesemua pelumba Myvi tersebut adalah daripada anggota Familia Myvi Club (FMC).
Gambar Kemalangan Maut Myvi Langgar Pajero 2 Mei 2015
Gambar Keluarga Mangsa (Pajero Sports) Maut Dilanggar Myvi 2 Mei 2015
Mangsa Fairuz Nizam (Suami) dan Novasafitri (Isteri) dan seorang bayi berusia 6 bulan maut dalam insiden nahas lumba haram Myvi langgar Pajero Sport. Mangsa turut meninggalkan lagi 2 orang anak yang tidak turut sama dalam kejadian tersebut.Ucapan Takziah Menerusi Laman Sosial
Kelab Myvi Familia Club Dikecam Hebat Dilaman Sosial
Susulan lumba haram yang disertai oleh 6 buah Myvi dari Familia Myvi Club yang menyebabkan satu keluarga yang menaiki Pajero Sport maut, kelab tersebut kini dikecam hebat dilaman sosial.
Gambar Suspek Pemandu Myvi FC123 Langgar Kereta Pajero
Foto Suspek Fizal Reza, pemandu Myvi dengan nombor ahli FC123 yang melanggar sebuah Pajero Sport hingga menyebabkan satu keluarga terbunuh.
Luahan Isteri Suspek Langgar Pajero Sport Dilaman Sosial
Luahan isteri Suspek Fizal Reza pemandu Myvi FC123 yang terlibat melanggar kereta Pajero Sport.
No comments:
Post a Comment