Mereka Lari Daripada Perjuangan Atau memulakan Perjuangan Baru..??
Oleh: Dr Tanaka Mustafa
1) Dua perhimpunan PAS yang berbeza diadakan serentak , masing-masing menarik puluhan ribu sokongan. Satunya pro pemimpin yang menang, satu laginya pro-pemimpin yang kalah., dalam Muktamar pemilihan baru-baru ini.
2) Satunya sedang menyusun agenda untuk beristiqamah menuju kemenangan, satu lagi menyusun strategi membentuk sebuah parti baru untuk berkoalisi dengan DAP dan PKR, juga untuk mencapai kemenangan.
3) Landskap politik menjadi menarik untuk dibaca dan dianalisis. Bukan sahaja kemelut ini melanda pembangkang, malah Barisan Nasional juga punya kemelut yang kritikal. Tukang-tukang nujum politik boleh cari makan dengan tilikan-tilikan yang dijenamakan sebagai pandangan dan analisis politik.
4) Sekonyong-konyong bermula-lah sesi menghentam golongan yang mahu keluar PAS dan menubuh parti baru - sebagai lari daripada perjuangan. Sedangkan pihak yang mahu menubuh parti baru, menganggap mereka dihalau daripada perjuangan.
KedahLanie
KedahLanie
No comments:
Post a Comment