PAS tak boleh sendirian jika mahu tumbangkan BN, kata anak bekas pemimpin
Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) seharusnya kembali kepada pendekatan yang ditinggalkan bekas mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam usaha menyelamatkan gabungan pembangkang dan menumbangkan Barisan Nasional (BN), kata Nik Omar Nik Aziz.
Anak bekas menteri besar Kelantan itu berkata, arwah bapanya sering mengingatkan, segala permasalahan perlu dibawa ke meja rundingan dan pemimpin PAS seharusnya memulakan inisiatif itu.
“Cara nak selesai, lebih baik melalui meja rundingan. Dalam PR ada Majlis Presiden, di sinilah ruang terbaik.
“Saya rasa parti PAS yang mesti memulakan inisiatif langkah terbaik, bincang secara teliti, ikhlas supaya dapat dikekalkan PR, sebab itu pendekatan Tok Guru,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Nik Omar berkata, ayahnya terlalu sayangkan ikatan sesama parti dalam PR melebihi kasih sayang kepada anaknya sendiri kerana sedar PAS tidak akan dapat mentadbir negara sendirian.
Katanya, Nik Aziz sedar landskap politik Malaysia memperlihatkan PAS perlu bersama sekutunya - PKR dan DAP - dalam usaha untuk menumbangkan kerajaan BN.
No comments:
Post a Comment