Pages

Friday, 3 July 2015

Dakwaan USD700 juta dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib..."Kalau berani saman WSJ atau letak jawatan"!

Jumaat, 3 Julai 2015

" LAGI DAKWAAN TERBARU TENTANG NAJIB RAZAK YANG MENGEJUTKAN. KALAU BERANI SAMAN. ATAU PUN LETAK JAWATAN "



TIKAQ BULOH     4:57 PM     0

Pada aku simple, kalau lu ada darah pahlawan pergi saman Wall Street Jurnal. Masing-masing kemuka bukti, pada aku Wall Street Jurnal bukan saja-saja nak pekena orang kalau tidak punya cukup bukti.

So kita tengoklah lepas ini tentang dakwaan terbaru ini, kalau setakat nafi siapa pun boleh. 




1MDB menafikan dakwaan syarikat pelaburan milik penuh negara menyediakan dana kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam kenyataan media, 1MDB memaklumkan tindakan media menyiarkan dakwaan tidak benar itu sebagai tidak bertanggungjawab yang bertujuan menjejaskan reputasi syarikat.

Katanya, banyak laporan fitnah telah disiarkan oleh media menggunakan dokumen yang telah diubahsuai seperti Sarawak Report bagi menimbulkan keraguan rakyat terhadap 1MDB.

“Kami terkejut bahawa dokumen seperti ini , yang mana kewujudannya dan kesahihan belum disahkan secara terbuka, terus digunakan sebagai asas untuk membuat tuduhan baru tidak berasas terhadap 1MDB,” kata kenyataan itu.

Laporan Wall Street Journal (WSJ) mendakwa pihak penyiasat mendapati sejumlah USD700 juta dana milik negara dimasukkan ke dalam satu akaun peribadi yang didakwannya milik Najib.

Laporan itu mendakwa, dana yang disalurkan kepada Najib adalah milik 1MDB, syarikat negara yang diselubungi kontroversi dengan pinjaman RM42 bilion. Laporan itu turut menyiarkan jurucakap kerajaan yanng menafikan laporan itu.

TIKAQ BULOH

No comments:

Post a Comment