Apa yang orang Melayu dapat dengan Perhimpunan Baju Merah?
PETALING JAYA: Himpunan Baju Merah yang dirancang pada 16 September ini tidak akan membawa sebarang keuntungan kepada orang Melayu.
Pensyarah dan pendakwah bebas, Prof Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah berpandangan, sebelum bertindak, orang Melayu sepatutnya menghitung diri sendiri.
Katanya, berbeza dengan orang Cina yang bersatu padu dengan sumber kewangan yang kukuh, orang Melayu pula berpecah belah dan tikam menikam antara satu sama lain.
“Melayu pula bagaimana? Ekonomi jauh ketinggalan. Perpaduan entah ke mana? Merempit dan mendadah sana sini. Berpecah hampir kepada berpuluh-puluh kumpulan.
“Sesama kumpulan tikam-menikam. Masing-masing mahu berkuasa. Pendek kata, senaraikan masalah Melayu, menjela-jelalah jawabnya,” tulisnya di akhbar Sinar Harian.
Menerusi rencananya, Ridhuan Tee berkata, himpunan itu tidak akan membawa sebarang keuntungan bak kata pepatahah Melayu, “Menang sorak, kampung tergadai”.
Katanya, sekiranya penganjuran itu hanya ingin menunjukkan siapa lebih kuat, ia adalah salah.
“Mahu tunjuk siapa lebih ramai atau siapa lebih kuat? Apa yang akan kita dapat selepas itu? Menang sorak,” soalnya.
Sehubungan itu, beliau menyarankan supaya orang Melayu supaya berhenti melakukan kerja-kerja tidak bermanfaat yang secara tidak langsung merugikan bangsa mereka sendiri.
“Tumpukan perhatian untuk membangunkan anak bangsa agar menjadi manusia berguna,” katanya.
Kedah Lanie.
No comments:
Post a Comment