Pages

Monday, 14 September 2015

Presiden Gabungan Mahasiswa Sebuah IPTA Dipukul, Ditoreh

Isnin, 14 Sep[tember 2015
SAVE UKM13
Community4,323 Likes
8 hrsEdited
Presiden Gabungan Mahasiswa UKM
Dikejarkan ke Hospital Serdang akibat diserang dan dibelasah oleh beberapa orang yang tidak dikenali. Tendapat 5 torehan dan dilempar sejenis pewarna
Mohon Doa Semua supaya Pres sentiasa dalam kebaikan
Moga pelaku yang zalim bertaubat dan mendapat hukuman setimpal
Presiden Gabungan Mahasiswa Sebuah IPTA Dipukul, Ditoreh

Presiden Gabungan Mahasiswa Sebuah IPTA Dipukul, Ditoreh

Seorang penuntut sebuah universiti awam tempatan yang juga merupakan seorang pemimpin pelajar dilaporkan telah dipukul serta disimbah sejenis pewarna di badannya oleh ibdividu yang tidak dikenali pada awal pagi tadi.

Muhammad Syahir Rahimi Sukri, 22,  pelajar tahun tiga dari Fakulti Pengajian Islam universiti berkenaan merupakan Presiden Gabungan Mahasiswa di pusat pengajian berkenaan.

Memetik laporan Malaysiakini,  rakannya mangsa Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan mengesahkan satu laporan polis telah dibuat pagi ini berhubung kejadian itu.


Beliau telah diserang di kolej kediamannya kira-kira pukul 4 pagi tadi di mana selain dipukul dan disimbah pewarna, mangsa juga telah ditoreh di bahagian kepala dan badan.

Kejadian berlaku ketika pemimpin pelajar berkenaan mengambil giliran untuk menjaga poster-poster yang ditampal sempena pilihan raya kampus.

Selepas diserang, pelajar itu kemudiannya di bawa ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan.

Memetik laman facebook rasmi Gabungan Mahasiswa universiti tersebut, mereka tidak pernah menuduh mana-mana kelompok sebagai dalang kekejaman terhadap Presiden GM tersebut.

"Kami serahkan pada pihak berkuasa kerana kami telah membuat laporan Polis," tulis mereka lagi. 

No comments:

Post a Comment