Napsiah Salleh 1 year ago
Bintang Iklan Petronas Jadi Sasaran Sindiran?
TAK tahulah apa yang difikirkan oleh pengguna media sosial ini apabila gambar seorang bintang kecil yang pernah membintangi iklan Petronas beberapa tahun lalu dijadikan sebagai sindiran berbaur seks, baru-baru ini.
Mereka menegur cara berpakaian Ummi Qazrina yang disifatkan terlalu mendedahkan tidak seperti ketika di zaman kanak-kanaknya yang bertutup.
Ini antara komen-komen yang ditinggalkan oleh pengguna Facebook, “baik ya semasa kecil, tersembunyi. Besar sudah tidak tersembunyi. Orang nampak, orang tengok. Akan jadi gangguan seks kepada laki-laki.”
“Kalau kau tidak tunjuk, orang pun tidak tengok. Kau yang gatal tunjuk, orang pun gatal tengok. Perkara ringkas sahaja,” tulis seorang pengguna Nik Hakim.
Komentar-komentar itu ditinggalkan di laman Facebook Sukan Star TV selepas pengendali akaun itu memuat naik foto beserta kapsyen gambar, ‘Iklan Petronas untuk Hari Kemerdekaan ke-50. Dah besar dah dia orang’.
Iklan hari kemerdekaan itu menampilkan Ummi bersama rakannya, Tan Hon Ming ditemubual pengarah iklan terkenal, Allahyarhamah Yasmin Ahmad bagi mengisi slot iklan Petronas pada tahun 2008.
Posted by Kita Bantai