Pages

Wednesday, 14 October 2015

Muhyiddin & Shafie bakal dipecat dari UMNO tidak lama lagi? 'Pecat aje lah!'

Rabu, 14 Oktober 2015
download (8)
Muhyiddin Dan Shafie Bakal Dipecat Dari UMNO Tidak Lama Lagi?
By Samurai Biru

Kemelut antara Timbalan dan Naib Presiden UMNO yang melibatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal hari ini dilihat bertambah meruncing. Mereka kini dilihat secara terang-terangan menyokong usaha menjatuhkan Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dengan bersekongkol dengan Tun Dr Mahathir dan beberapa ahli vateran UMNO yang lain.
Keadaan ini dilihat sebagai sesuatu perkembangan yang jelas tidak sihat didalam UMNO itu sendiri. Dua individu yang masih memegang jawatan di dalam UMNO iaitu Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Shafie dilihat tidak wajar menjadikan kemahuan individu sebagai platform menjatuhkan Presiden UMNO itu sendiri.
download (9)
Tambahan pula, Datuk Seri Mohd Najib sendiri telah menggubal semula beberapa undang-undang UMNO yang membenarkan sesiapa sahaja berhak untuk bertanding bagi merebut jawatan Presiden parti. Ianya jelas berbeza dengan apa yang diamalkan sewaktu Tun M masih menjadi Presiden Parti yang memperuntukkan sistem koata bagi membolehkan seseorang individu itu bertanding bagi merebut jawatan Presiden.
Kini, tindak tanduk dua individu berkenaan jelas menampakkan sikap tiada lagi hormat kepada pemimpin parti demi hasrat “membalas dendam” diatas pengguguran mereka sebelum ini.
Menurut sumber dalaman parti UMNO yang dihubungi sebentar tadi, terdapat desas desus yang mengatakan kemungkinan Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Shafie bakal dipecat keahliannya daripada UMNO kini sedang tersebar luas.
download (10)
Alasan kepada pemecatan ini adalah kerana tindakan berkomplot mahu menjatuhkan Presiden parti dan seterusnya menimbulkan keadaan tidak tenteram didalam parti UMNO itu sendiri. Menurut sumber ini lagi, Tun Dr Mahathir, Tan Sri Sanusi dan Tengku Razaleigh juga berkemungkinan besar turut sama bakal dipecat sebelum Perhimpunan Ahung UMNO yang dijangka bakal diadakan pada Disember ini.
Menurut beliau, tindakan ini terpaksa dilakukan berikutan tindak tanduk mereka yang jelas kini menghasut ahli-ahli UMNO untuk turut sama bertindak menggulingkan Presiden UMNO. Ini sewajarnya tidak berlaku kerana UMNO itu sendiri mengamalkan sistem demokrasi penuh.
Andai ini berlaku, mungkin ada sedikit kekecohan yang timbul oleh pengikut setia pemimpin-pemimpin ini. Namun untuk kestabilan parti dan atas prinsip disiplin parti, tindakan ini amat wajar memandangkan tindak tanduk mereka kini sudah memasuki episod baru yang mahu melihat Presiden parti sendiri mahu digulingkan.

Blog PRU14.

No comments:

Post a Comment