Pages

Sunday, 4 October 2015

Bualbicara niaga tentang 1MDB dan baju merah..."Apa salahnya dengan Malaysia?"

Ahad, 4 Oktober 2015

Bualbicara niaga tentang 1MDB dan baju merah. 
oleh Rama Ramanathan

Mengapa perlu ahli perniagaan hiraukan politik tempatan? Saya berbicara dengan seorang tokoh korporat dan membincangkan persoalan tersebut.

Beliau pada dasarnya bekerja dengan syarikat multinasional berpengkalan di Malaysia. Beliau berurusan dengan pekerja daripada pelbagai negara selaku jurutera projek. Selain itu, tokoh korporat tersebut turut bekerja sebagai strategis kewangan. 

Saya juga pernah bekerja di syarikat multinasional. Saya pernah berurusan dengan pekerja dari pelbagai negara serta pengawai-pegawai kerajaan di beberapa negara. 

Saya dan tokoh tersebut bertanggungjawab bagi pelaburan pemegang saham - termasuk golongan pesara - di syarikat kami, dan bagi kehidupan ribuan para pekerja. 

Saya tidak dapat lupakan hari di mana saya terpaksa membuang 30 pekerja kerana hasil produksi kami menurun dan mereka tidak lagi punyai tugas. 

Saya ke kilang pada penghujung tugas di waktu malam, membuat ucapan dan memberi surat pemberhentian kerja. Salah seorang dari mereka menangis. Dia seorang wanita yang baru bercerai dengan dengan anak. Ramai di kalangan mereka kelihatan gusar dan tidak percaya dengan nasib yang menimpa. 

Teras masalah pemberhentian kerja ialah pergeseran politik tentang amalan penswastaan penjanaan kuasa elektrik di Malaysia. 

Ketika kami mengimbau pelbagai dakwaan tentang 1MDB dan perdana menteri, serta himpunan baju merah, rakan saya bertanya "Apa salahnya dengan Malaysia?" 

Saya mengingatkannya tentang dua obsesi multinasional: tabiat beretika dan kepelbagaian. 

Setiap multinasional dari AS atau Eropah, atau mana-mana syarikat dengan pejabat di AS dan Eropah punyai dasar dan program latihan merangkumi etika dan kepelbagaian. 

Mereka punyai talian 24 jam seminggu bagi etika di mana sesiapa boleh mengadu tentang siapa sahaja, tanpa mendedahkan identiti pemanggil. Mereka sedar pemanggil boleh mendedahkan maklumat ke media atau memberitahu mesyuarat pemegang saham, dan memalukan syarikat. 

Tabiat beretika mampu dan boleh mencakupi pelbagai perkara. Di sini terdapat lima contoh: 

Pada 2001, Nike syarikat pengeluar kasut berdepan boikot terhadap produknya apabila pendedahan dibuat tentang buruh kanak-kanak di dalam sektor pembuatan barangan kasut, pakaian dan bola di Kemboja dan Pakistan. Ia amalan tidak beretika. 

Pada 2001, syarikat gergasi Enron tumbang, membawa bersamanya syarikat perakauan dan perundingan terbesar Arthur Andersen. Ini disebabkan amalan pengubahan angka kerugian, urusniaga dalaman, pengubahan wang haram dan penipuan perbankan. 

Pada 2002, Tyco syarikat bagi peralatan kebakaran, keselamatan dan elektro mekanikal dipaksa mendedahkan butiran amalan perakaunannya. Ini termasuk penipuan bagi meningkatkan laporan keuntungan, pembayaran bonus kepada bos dan perbelanjaan bermewah-mewah ketua pegawai eksekutifnya. 

Pada 2013, kebimbangan timbul tentang Apple Operations International (AOI), syarikat berpengkalan di Ireland tetapi diuruskan eksekutif di California. AOI mendapat US$30 billion dalam tempuh 2009-2012, tetapi tidak membayar cukai pendapatan di kedua-dua negara. 

Salahlaku moral juga menimbulkan kebimbangan. Contohnya dua CEO hilang pekerjaan di Boeing kerana punyai hubungan luar nikah denga pekerja Boeing. 

Pelanggaran etika menjadi subjek pemerhatian dan sering membawa kepada hukuman mahkamah dan pemenjaraan, selain pembuangan kerja. 

Salah satu lagi amalan penting di syarikat multinasional ialah kepelbagaian. 

Sukar bagi saya menerangkan kepada pegawai atasan saya di AS dan Eropah bahawa amalan biasa di Malaysia ialah bagi pemohon pekerjaan menyertakan umur dan kaum mereka. Ini dianggap pelanggaran etika di syarikat multinasional. 

Orientasi seksual satu perkara lagi. Seorang penyelia yang bertugas dengan saya berkata dia tidak mengambil pekerja yang memakai anting-anting. Jika ini berlaku di Eropah atau AS, saya akan dibuang kerja. 

Pekerja mengadu kepada Pejabat Etika bahawa mereka tidak dinaikkan pangkat kerana mereka berbangsa Asia, berkulit hitam, wanita atau homoseks. Siasatan etika menyebabkan penyelia dibuang kerja. 

Ketiadaan tindakan tentang 1MDB dan perdana menteri memberitahu dunia perniagaan bahawa dakwaan tidak beretika dapat diketepikan di Malaysia. Ketiadaan tindakan tentang himpunan baju merah memberi petanda tindakan agresif bersifat perkauman diterima. 

Ahli perniagaan yang mahu berjaya di arena perniagaan antarabangsa perlu tekankan etika dan kepelbagaian. Jika mereka bertolak ansur dengan pemimpin politik, sedangkan mereka tegah amalan tersebut di dalam perniagaan, mereka dianggap gagal. 

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

No comments:

Post a Comment