Pertemuan terakhir PAS bersama Pakatan Rakyat Perak
Pertemuan ini mengesahkan secara rasmi pembubaran Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang ditubuhkan sejak tahun 2008 selepas Pilihanraya Umum Ke-13. Ini merupakan mesyuarat terakhir ke-66 yang dipengerusikan oleh Dato' Seri Nizar Jamaluddin dengan disertai wakil tiga parti iaitu PAS, DAP dan PKR di mana PAS diwakili Pesuruhjaya PAS Negeri, Razman Zakaria.
Antara butiran perbincangan dari pertemuan tersebut adalah proses penutupan akaun serta perkara-perkara berkaitan dengannya.
Menurut Razman, perbincangan dan keputusan dicapai dengan penuh harmoni. "PAS Perak mengharapkan semua parti dapat terus bergerak dengan mengenali sasaran sebenar. PAS akan istiqamah atas prinsip perjuangan Islam.
"PAS akan terus bergerak diatas jalur tarbiah, dakwah dan siasah. PAS akan terus mendekati dan memberikan kefahaman kepada seluruh lapisan masyarakat," ujarnya mengulas pertemuan itu.
Posted & copy by RAKYAT MARHAEN
No comments:
Post a Comment