Pages

Thursday, 15 October 2015

Mazlan Aliman - Bermuhasabahlah kita! "Saya telah rasa segala tuduhan dan fitnah...peritnya kini dirasai pimpinan dan ahli PAS pula"

Khamis, 15 Oktober 2015

Tidak kira dari kelompok mana dan wadah apa, bermuhasabahlah kita..!!

' jangan dikejutkan fitnah yang sedang tidur'.
Oleh Mazlan Aliman

http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/articles/Mazlan_Aliman_ANAK_MEMORANDUM_BURSA_MALAYSIA_20150526_TMIKAMAL_ARIFFIN_03.jpg
Apabila saya menyertai Parti Amanah Negara dan bersama dalam PAKATAN HARAPAN, saya menerima reaksi balas yang sangat hebat. Kata kata kesat dan fitnah semacam budaya sesetengah di kalangan kita. Perbezaan pandangan bertukar menjadi kebencian. Ungkapan 'pengkhianat' semacam wirid harian. Ukhuwwah yang dibina puluhan tahun musnah lantaran tidak boleh menerima hakikat dan realiti yang berlaku.

Pendekatan Ngo ANAK menemui tokoh tokoh negara seperti Tun Dr Mahathir, Tengku Razaleigh Hamzah, Tan Sri Kadir , Tan Sri Syed Hamid Albar dan Dato' Saifudin Abdullah di salah ertikan. Usaha ANAK mengangkat isu FELDA melalui engagement dengan berbagai pihak dianggap bersekongkol dengan puak puak zalim.

Kebelakangan ini apabila parti lama saya, PAS membuat hubungan dengan Ngo melayu terutamanya ISMA dan PERKASA, mereka juga di cemuh. Samada tajuknya 'kerjasama', 'kunjung hormat', 'meraikan tetamu', dan lain lain, persepsi rakyat tentunya berbeza beza.

Apa yang saya telah rasa atas segala tuduhan dan fitnah, peritnya kini dirasai oleh pimpinan dan ahli PAS. Saya amat bersimpati dengan rakan rakan PAS yang terpaksa 'bersilat' menepis segala dakwaan mengenai pendekatan PAS masakini. Membina hubungan dan bekerjasama atas isu nasional seperti 1MDB, GST, SOSMA dll, demi menyelamatkan negara dari kehancuran adalah tanggungjawab kita semua. Apapun yang cuba dikaitkan hubungan antara PAS dengan PERKASA, kesan positif atau negatif tetap ada. Masa akan menentukannya!


Dulu, Tok Tok Guru dan agamawan kita sentiasa berpesan, berjuanglah atas nama Islam bukan bangsa. Sampai hafal ayat Qur'an dan hadis pasal Assobiyyah atau Nasionalisme. Hingga jadi tema muktamar. Hari ini maki hamun DAP dan non muslim dengan ayat ayat yang sangat melampau, rasis dan boleh menimbulkan permusuhan antara kaum, barangkali sudah dibolehkan....

Tidak lama lagi Sidang Dewan Rakyat akan bermula. Rakyat sedang menanti adakah Bill/Usul Persendirian mengenai Rang Undang Undang Mahkamah Syariah(bidang kuasa Jenayah)(pindaan) 2015 akan dikemukakan atau tidak oleh YB Ahli Parlimen Marang, Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang. Amaran oleh salah seorang pimpinan kanan PAS, 'gencatan senjata', akan berakhir, jika Kerajaan tidak menyokongnya, sama samalah kita tunggu.

Tidak kira dari kelompok mana dan wadah apa, bermuhasabahlah kita. Bersederhana dan berpada pada dalam bicara dan kata kata. Seperti yang selalu di pesan oleh Ust Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, ' jangan dikejutkan fitnah yang sedang tidur'.

Sambutan Maal Hijrah hari ini, moga menjadi titik tolak kepada penerusan perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan;

ISLAM RAHMAT UNTUK SEMUA.

AMANAH, PROGRESIF, PEDULI

Kedah Lanie.

No comments:

Post a Comment