Pages

Thursday, 15 October 2015

Penyokong Pas 'KENA KENCING'? PAS tidak rancang bawa usul hudud di Parlimen, kata Takiyuddin.

Khamis, 15 Oktober 2015

Penyokong Kena Kencing.. PAS Tak Cadang Bentang Hudud Ke Parlimen

PAS tidak rancang bawa usul hudud di Parlimen, kata Takiyuddin 

PAS membawa usul meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 dalam usahanya melaksanakan hudud di Kelantan. — Foto oleh Yusof Mat Isa
PAS tidak menghantar usul baru untuk membentangkan rang undang-undang persendirian berhubung penguatkuasaan hudud di Kelantan, kata Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan.

“Itu kami belum putuskan. Kemungkinan besar tidak,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Ketika ditanya sama ada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah memfailkan usul rang undang-undang persendirian untuk sidang Parlimen yang akan datang, Takiyuddin berkata perkara berkenaan di luar pengetahuannya.

Hadi awal tahun ini membawa usul sedemikian tetapi gagal membentangkan dalam sidang-sidang Dewan Rakyat yang lepas.

Untuk melaksanakan hudud di negeri yang dikuasainya itu, PAS membawa usul meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, yang selama ini membenarkan mahkamah tersebut mengenakan hukuman denda RM3,000, lima tahun penjara dan enam sebatan.

- See more at: http://m.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/pas-tidak-rancang-bawa-usul-hudud-di-parlimen-kata-takiyuddin#sthash.v2tokPIe.dpuf

No comments:

Post a Comment