Pages

Thursday, 15 October 2015

[Video Perkasa] Ini Bukti Ibrahim Ali Menyokong SOSMA & Kenapa MP-MP PAS tatau sejarah perbahasan di parlimen?

Khamis, 15 Oktober 2015


Gambar Hiasan (Ngomelan C++)

Ini Bukti Ibrahim Ali Menyokong SOSMA.

Sejak bila Mahathir melawan SOSMA?
Sejak Khairuddin dan Mathias kena tahan.
Sejak bila Ibrahim Ali melawan SOSMA?
Sejak Mahathir mengkritik SOSMA kerana menahan Khairuddin dan Mathias.

Dan kenapa MP2 PAS tatau sejarah perbahasan di parlimen di mana ketika itu Ibrahim Ali sendiri bangkit berhujah mempertahankan SOSMA bahkan ISA (tahanan tanpa bicara)?

Ponteng parlimen ke tidur je?
Haha.
Oke. 

Ini hujah2 Ibrahim Ali. Disediakan oleh Zulhazmi.

Sumber rujukan.



Sebelum Mahathir dan Ibrahim Ali melalak bagi alasan ==> ketika itu kita tatau yang ianya boleh disalahguna, pembangkang dah bagi alasan tersebut ketika perbahasan. Nampak sangat pembangkang punya point korang tolak buta2 sebab mereka pembangkang kan? Then now sapa melalak melawan SOSMA?

Ceh. Itupun sebab nak propaganda jatuhkan Najib kan.

Btw. Ini rujukan untuk ahli2 PAS sebetulnya. Tak payah la korang nak bekerjasama ke rangka aktiviti bersama ke apa ke dengan PERKASA. Buta2 kena tipu.

Dan ini sambung hujah Zulhazmi lagi ;

SOSMA 2012.
Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dibentangkan pada 16 APRIL 2012 jam 10:13 pagi oleh Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Tun Razak.

Mengikut rekod Penyata Rasmi Dewan Rakyat bertarikh 16 APRIL 2012 ketika Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dibentangkan dan dibahaskan seharian pada hari tersebut.

Selepas Perdana Menteri membentangkan, Ketua Pembangkang ketika itu Dato' Seri Anwar Ibrahim (Permatang Pauh) berbahas membantah.

Seramai 22 orang Ahli Dewan Rakyat berbahas pada hari itu iaitu : 
1) Permatang Pauh (Dato' Seri Anwar Ibrahim)
2) Rembau ( Khairy Jamaluddin)
3) Bagang (Lim Guan Eng)
4) Pasir Mas (Dato' Ibrahim Ali)
5) Kinabatangan ( Dato' Bung Mokhtar)
6) Pokok Sena (Dato' Mahfuz Omar)
7) Pasir Salak (Dato' Tajuddin Abd Rahman)
8) Machang (Dato' Saifuddin Nasution)
9) Batang Sadong (Hjh Nancy Shukri)
10) Kepong (Dr Tan Seng Giaw)
11) Kota Belud (Dato' Abdul Rahman Dahlan)
12) Gombak (Azmin Ali)
13) Jasin (Datuk Wira Hj Ahmad Hamzah)
14) Tawau (Chua Soon Bui)
15) Hulu Selangor (P. Kamalanathan)
16) Tumpat (Dato' Kamaruddin Jaafar)
17) Lipis (Dato' Dr Mohamad Sharum Osman)
18) Balik Pulau (Yusmadi Yusoff)
19) Simpang Renggam (Liang Teck Meng)
20) Beruas (Dato' Ngeh Koo Ham)
21) Ledang (Ir Hj Hamim Samuri)
22) Puchong (Gobind Singh Deo)

Pecahannya ialah : 
a) 10 Ahli Dewan Rakyat BN
b) 4 Ahli Dewan Rakyat PKR
c) 2 Ahli Dewan Rakyat PAS.
d) 4 Ahli Dewan Rakyat DAP
e) 2 Ahli Dewan Rakyat Bebas

Daripada 22 orang yang berbahas, 12 orang menyokong dan 10 membantah. Setelah selesai berbahas dan dijawab oleh Menteri maka

Ahli-ahli Yang Berhormat, 
sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Sendiri mau ingat la....
Tengok berapa ramai dari PAS? Nak tanya tahun 2008, MP PAS menang 2 seat parlimen ja ka? Jilake. Nak bantah SOSMA apa sekarang. Masa perbahasan pun slumberland ponteng.

Apa2 hal. Pandai2 lah lue orang fikir sendiri. Konar konar.. konar lagi tu je la kerja puak2 politik neh.

No comments:

Post a Comment