Pages

Friday, 6 November 2015

Adun Umno Kelantan ajak PAS bersatu..."Kita kena bersatu lawan mereka" Siapa 'mereka' tuh!

Jumaat, 6 November 2015

Adun Umno Kelantan ajak PAS bersatu

Oleh BORHAN AHMAD

Para pemimpin PAS diajak bersatu dengan Umno untuk mempertahankan pemimpin Islam yang sedang teruk diserang oleh DAP dan penyokongnya sekarang.

Ajakan itu dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Paloh, Datuk Norzula Mat Diah ketika berucap membahaskan Belajawan Kelantan 2016 di Dewan Undangan Negeri Kelantan semalam.

Menurut beliau, mereka perlu belajar dari pengalaman yang berlaku di Iraq dan Afghanistan apabila musuh Islam menghancurkan negara umat Islam itu apabila umat Islam tidak bersatu.

"Musuh Islam ini sedang menyerang pemimpin Islam di negara dan juga di Kelantan. Kita kena bersatu lawan mereka," kata Norzula yang dipercayai merujuk kepada perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan menteri besar Kelantan Datuk Ahmad Yakub.

Sebelum Norzula, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PAS sedia bekerjasama dengan Umno.

Beliau juga menyifatkan parti pecahan darinya, Parti Amanah Negara (Amanah) yang kini bersama DAP dan PKR dalam Pakatan Harapan adalah pengkhianat.

http://malaysiadateline.com/

No comments:

Post a Comment