Isu vape serlah sikap hipokrit BN - Amanah
PETALING JAYA : Tindakan kerajaan dalam isu vape menimbulkan cemuhan dan kebencian rakyat khususnya anak muda kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).
Naib Ketua (Politik) Pemuda Amanah, Shazni Munir Mohd Ithin berkata, tindakan kerajaan dalam isu itu juga menyerlahkan sikap hipokrit BN dalam menangani isu melibatkan anak-anak muda.
Katanya, ini ditambah dengan sikap ‘senyap’ mufti yang selama ini sering memberi komen dalam isu-isu tertentu.
“Tindakan kemuncak kerajaan untuk terus menyita kedai vape sebagaimana yang telah dikeluhkan oleh Haqim Arshad (peniaga vape) dan telah viral di laman-laman sosial menunjukkan sikap ‘bermain wayang’ kerajaan terhadap anak muda dan rakyat secara keseluruhannya.
“Bermula dengan fatwa pengharaman vape oleh mufti, kemudian sokongan terbuka Menteri Kabinet, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terhadap pengguna vape..
“Dan kini tindakan drastik untuk menyita kedai vape tersebut sebagaimana yang didakwa oleh Haqim Arshad. Semua ini mengundang cemuhan anak muda dan rakyat yang meluat dengan tindakan kerajaan seolah-olah mempermainkan mereka,” katanya.
Isu vape menjadi ‘panas’ apabila Kementerian Kesihatan menjalankan operasi besar-besaran merampas dan menyita barangan vape termasuk cecair perasa kerana di seluruh negara.
Tindakan itu bertentangan dengan keputusan Kabinet sebelum itu yang membenarkan vape terus dijual.
Tindakan Kementerian Kesihatan itu diambil mengikut Akta Racun kerana dipercayai memberi kesan kepada kesihatan pengguna vape kerana ada perasa yang mengandungi nikotin.
Tindakan itu membangkitkan kemarahan pengguna vape kerana penjualan rokok dibiarkan tanpa tindakan sedangkan rokok lebih bahaya berbanding vape yang belum terbukti memberi kesan negatif.
Kedah Lanie.
No comments:
Post a Comment