Pages

Wednesday, 11 November 2015

Isteri Husam didakwa terima ugutan bunuh & Tayar Salahuddin ditoreh.

Rabu, 11 November 2015

Ugutan bunuh

Mungkinkah Husam akan menjadi seperti Abdul Samad Gol? Yang dibimbangkan dan ditakutkan adalah mungkin ada suatu fatwa liar yang mengatakan 'darah pengkhianat adalah halal' Pada saya pihak Polis perlu siasat betul-betul Bukannya tuduh tetapi segalanya bukan mustahil.

Isteri Husam didakwa terima ugutan bunuh 
mk - Hari ini, 7:46 malam 

Ketika ketegangan Datuk Husam Musa dan PAS, anggota keluarga bekas naib presiden PAS itu didakwa menerima ugutan bunuh. 

Bekas rakan seperjuangannya dalam PAS sebelum ini, Salahuddin Ayub berkata beliau dimaklumkan oleh Husam bahawa kejadian berlaku dua hari lalu. 

Salahuddin, yang kini berada di Kelantan, berkata ugutan itu dibuat melalui SMS dan laporan polis sudah dibuat pada hari yang sama. 

Beliau bagaimanapun enggan membuat sebarang spekulasi berhubung sebab ugutan itu dibuat selain enggan menuduh mana-mana pihak. 

“Dalam keadaan tegang sebegini (antara PAS dan AMANAH) saya tidak boleh membuat sebarang kenyataan,” kata bekas naib presiden PAS itu yang kini pemimpin nombor dua Parti Amanah Negara (AMANAH). 

Malaysiakini sedang mendapatkan reaksi Husam berhubung perkara itu. 



Sementara itu keganasan nampaknya tidak terhad kepada keluarga Husam saja kerana Salahuddin sendiri mengalami 'cabaran' yang dipercayai ada kaitan dengan gerakan AMANAH di Kelantan. 

Pagi tadi, kata Salahuddin, tayar kenderaan pacuan empat rodanya ditoreh dipercayai dengan benda tajam. 

Menurut bekas Naib Presiden PAS itu, beliau bersama rakan pada awalnya tidak menyedari sabotaj tersebut sehinggalah kenderaan yang mereka naikinya hilang kawalan dan hampir merempuh sebuah motosikal. 

Bagaimanapun, Salahuddin berkata, beliau tidak membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan menyifatkan ia cuma “kerja budak-budak nakal” 

Posted by mountdweller

No comments:

Post a Comment