Pages

Wednesday, 11 November 2015

[Video] Terkini 7.04 pm KL-KARAK: Tanah Runtuh Di Kilometer 52.4 Lebuhraya KL-Kuantan, Semua Laluan Terhalang

Rabu, 11 November 2015

BENTONG: Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohammad Mansor Mohammad mengesahkan tiada kerosakan membabitkan harta benda dan kehilangan nyawa dalam kejadian tanah runtuh di Kilometer (KM) 52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dekat Lentang-Bukit Tinggi, kira-kira 7 malam tadi. Beliau berkata, kedua-dua laluan masih belum boleh dilalui dan jentera MTD Prime Sdn Bhd sudah tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 8 malam tadi untuk melakukan kerja pembersihan. "Segala perkembangan akan dimaklumkan," katanya di sini, sebentar tadi.


Tanah Runtuh Di Kilometer 52.4 Lebuhraya KL-Kuantan, Semua Laluan Terhalang

Satu kejadian tanah runtuh telah berlaku di Kilometer 52.4 Lebuhraya KL-Kuantan (Karak) kira-kira jam 7 petang tadi berikutan hujan lebat.

Perkara ini dihebahkan oleh Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) melalui laman Twitternya di mana menurut mereka  semua laluan terhalang.



8.19pm KL-KARAK : Tanah runtuh KM52.4 kesemua lorong terhalang kedua arah,trafik terhenti.Tangguhkan perjalanan anda


Embedded image permalink

  1. 8.15pm KL-KARAK : Pengguna dari KL boleh membuat u-turn di KM29.3 manakala dari Kuantan keluar ke Karak dan melalui jalan Bahau.
  2. 8.11pm KL-KARAK : Makluman info ari IPD Bentong laluan FR68 tidak boleh dilalui, pengguna dinasihati untuk tangguhkan perjalanan anda.
  3. 7.08pm KL-KARAK : Laluan alternatif dari Kuantan keluar ke P'simpangn Bentong manakala dari Kuala Lumpur keluar ke P'simpangn Genting Sempah

  4. View image on Twitter

No comments:

Post a Comment