Pada pilihan raya umum ke-13 lepas, DAP memenangi 19 kerusi DUN, PKR (10 kerusi) dan PAS (satu) untuk menubuhkan kerajaan negeri Pulau Pinang. -mstar
AMANAH sedia galas tugas JKKK PAS di Pulau Pinang
Parti Amanah Negara (AMANAH) sedia memenuhi kekosongan jawatan anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) di Pulau Pinang sekiranya diberi kepercayaan untuk berbuat demikian. "Kami sedia terima sebarang tugasan atau pelantikan bagi mengisi kekosongan jawatan dalam JKKK di Pulau Pinang.
Isu keanggotaan JKKK menjadi perhatian apabila Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Rashid Hasnon pada 18 November lalu menjelaskan, ahli PAS yang memegang jawatan dalam agensi negeri berkenaan diminta melepaskan jawatan ekoran masalah hubungan antara PAS dan DAP.
Katanya, kekosongan itu akan digantikan dengan anggota parti AMANAH sesuai dengan kedudukannya sebagai rakan sekutu DAP dan PKR di peringkat kebangsaan yang membentuk Pakatan Harapan.
Rashid berkata kerajaan negeri mulakan proses menamatkan perkhidmatan anggota PAS kerana mereka tidak dapat melaksanakan dasar-dasar kerajaan Pakatan Harapan di Pulau Pinang.
Beliau berkata keputusan itu membabitkan 293 anggota JKKK. Setiap jawatankuasa mempunyai kira-kira 15 anggota.
Posted & copy by RAKYAT MARHAEN
No comments:
Post a Comment