Friday, 20 November 2015

"Lantaklah hang nak jadi pembangkang"! PAS MEMBANGKANG BERSAMA UMNO! Amanah sedia galas tugas JKKK PAS di Pulau Pinang.

Sabtu, 21 November 2015
Pada pilihan raya umum ke-13 lepas, DAP memenangi 19 kerusi DUN, PKR (10 kerusi) dan PAS (satu) untuk menubuhkan kerajaan negeri Pulau Pinang. -mstar

AMANAH sedia galas tugas JKKK PAS di Pulau Pinang 

Parti Amanah Negara (AMANAH) sedia memenuhi kekosongan jawatan anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) di Pulau Pinang sekiranya diberi kepercayaan untuk berbuat demikian. "Kami sedia terima sebarang tugasan atau pelantikan bagi mengisi kekosongan jawatan dalam JKKK di Pulau Pinang. 

"Saya juga percaya Dr Mujahid telah siapkan senarai calon yang sesuai bagi jawatan itu," kata setiausaha agungnya, Mohd Anuar Mohd Tahir dalam sidang media di Wisma Amanah Negara hari ini. Beliau merujuk kepada Datuk Dr Mujahid Yusof (gambar) yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat AMANAH serta pemimpin parti itu untuk Pulau Pinang. 

Isu keanggotaan JKKK menjadi perhatian apabila Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Rashid Hasnon pada 18 November lalu menjelaskan, ahli PAS yang memegang jawatan dalam agensi negeri berkenaan diminta melepaskan jawatan ekoran masalah hubungan antara PAS dan DAP. 

Katanya, kekosongan itu akan digantikan dengan anggota parti AMANAH sesuai dengan kedudukannya sebagai rakan sekutu DAP dan PKR di peringkat kebangsaan yang membentuk Pakatan Harapan. 

Rashid berkata kerajaan negeri mulakan proses menamatkan perkhidmatan anggota PAS kerana mereka tidak dapat melaksanakan dasar-dasar kerajaan Pakatan Harapan di Pulau Pinang. 

Beliau berkata keputusan itu membabitkan 293 anggota JKKK. Setiap jawatankuasa mempunyai kira-kira 15 anggota. 

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena