Masih kah kau ingat???
Siap di jemput sebagai pemerhati dalam perhimpunan agong umno ngok..haha hebat...hebat..!!!
Tian Chua ingatkan Zahid, tarik balik tuduhan
Ahli Parlimen Batu Tian Chua mahu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menarik balik kenyataan yang menuduh dirinya sebagai ‘dalang’ pertemuan antara Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan anak perempuan bekas ketua kumpulan bersenjata Sulu, Jamalul Kiram III, Jacel H Kiram.
"Saya akan pertimbangkan tindakan lanjut, tetapi pada peringkat ini saya minta menteri (Zahid) untuk menarik balik (tuduhan itu)," kata Chua kepada pemberita di luar lobi Parlimen hari ini.
Zahid selepas Forum Ekonomi Peringkat Tinggi Malaysia-China di ibu negara, pagi tadi menuduh Chua mengaturkan mesyuarat Nurul Izzah dengan Jacel.
"Tian Chua adalah orang di belakang (pertemuan) yang telah mengatur pertemuan itu.
"Tian Chua orang yang bertanggungjawab menjalankan tindakan cara halus untuk menghubungkan apa yang dipanggil 'Kesultanan Sulu' yang kononnya mahu tuntut semula wilayah kesulatan itu hingga ke Sabah," kata Zahid.
Chua berkata tuduhan itu adalah liar dan tidak berasas.
Malaysiakini.
0 comments:
Post a Comment