Tuesday, 24 November 2015

Muhyiddin 'kempunan' kali ini & Mesyuarat MT Umno tanpa Muhyiddin, Shafie

Rabu, 25 November 2015

Mesyuarat MT Umno tanpa Muhyiddin, Shafie

Mesyuarat MT Umno tanpa Muhyiddin, Shafie
KUALA LUMPUR - Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Parlimen hari ini berlangsung tepat jam 6 petang.

Antara yang dilihat hadir seawal jam 5.30 petang tadi termasuk Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Azalina Othman Said.

Turut kelihatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan, Datuk Seri Tajuddin Rahman, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Idris Haron.
Bagaimanapun kelibat Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal tidak kelihatan pada mesyuarat itu.

Mesyuarat dijangka berlangsung selama satu jam bermula dari sekarang dan dijangka tamat jam 7 petang nanti.

Sebelum ini,  terdapat khabar angin yang tersebar mengenai nasib Muhyiddin dan Mohd Shafie bakal ditentukan pada mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada petang ini.

Bagaimanapun dakwaan itu disangkal oleh Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor dalam sebuah sidang media semalam.

Muhyiddin kempunan untuk rasmi mesyuarat sayap-sayap UMNO

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak akan merasmikan mesyuarat sayap-sayap UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO pada bulan hadapan.

Sebaliknya, Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak berkata, majlis perasmian mesyuarat Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO kali ini dilakukan oleh ketua sayap masing-masing.

Menjadi amalan Timbalan Presiden merasmikan mesyuarat sayap-sayap parti sempena Perhimpunan Agung UMNO.

“Keputusan ini dibuat atas cadangan sayap masing-masing dan atas kehendak mereka. Majlis Tertinggi (MT) UMNO menghormatinya,” katanya pada sidang media ringkas selepas mempengerusikan Mesyuarat MT UMNO di Bangunan Parlimen, pada Selasa.

Mengenai Mesyuarat MT kali ini yang diadakan di Bangunan Parlimen, Najib berkata ia bukanlah sesuatu yang luar biasa .

“Kita adakan di perkarangan pejabat Parlimen sebab kita perlu dekat dengan Dewan Parlimen jika ada undi belah bagi.

“Pembangkang juga sering mesyuarat mereka di pejabat Parlimen,” ujarnya lagi.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena