UMNO PENANG DAPAT 'TONGKAT SUCI", PH P.PINANG HARUS LEBIH KUAT
KERAJAAN Pakatan Harapan P.Pinang mulai sekarang perlu lebih bersedia dan kuat lagi kerana kini kita terpaksa menghadapi satu lagi cabaran iaitu pertambahan jumlah musuh kita di negeri ini. Jika dahulu kita hanya berdepan dengan Umno/Bn sahaja, tetapi kita PH terpaksa berdepan dengan Pas di P.Pinang yang telah mengistiharkan diri sebagai Pembangkang di P.Pinang.
Ertinya, di P.Pinang, Umno/Bn telah mendapat tongkat 'suci' dan tentunya mereka patut bersyukur kerana masih ada yang sayang kepada parti pewaris 2.6 Bilion ini. Berbeza di Selangor, Pas sanggup bersama Keadilan dan Dap kerana mungkin kedua-dua parti ini telah bersetuju dengan Hudud gamaknya.
Bukankah Hudud sering menjafi alasan Pas untuk memutuskan hubungan dengan kawan-kawan? Kali ini Umno dirasakan akan menyokong Hudud apabila dibawa ke Parlimen nanti. Tapi, bila? Wallahu Aklam. Yang pasti RUU Akta 355 (Pindaan Mahkamah Syariah) yang cuba dibawa masuk Parlimen, bukan Hudud. Tapi yang dicanangkan di mana-mana adalah Hudud.
Apa pun, negara ini demokrasi. Sesiapa pun berhak untuk mengistiharkan diri mereka sebagai penyokong kerajaan atau Pembangkang. Bahkan, untuk berkecuali pun boleh.
Mahu menentang di dalam baring, duduk hatta mencangkung pun boleh. Rakyat akan melihat Wakil Rakyat manakah yang sanggup bersusah payah demi membela nasib rakyat atau Wakil Rakyat manakah yang beri tongkat pada rejim.
DICATAT OLEH WFAUZDIN NS
ULASAN:
Tanpa Nama20 November 2015 6:46 PTG
Ada lagikah ahli PAS yg nak bermesra dg umno ni. Berilah peluang bersama dgn umno ni kepada pemimpin-pemimpin yang ada kepentingan saja. Pengikut biasa cukuplah tak serik lagi ditukar tempat kerja, dinapikan hak terhadap bantuan yg sepatutnya kita perolehi dll lagi. Kita terpaksa menempuh risiko yg besar berkempen utk mereka, mereka senang-senang nak bermesra dgn umno ( pembatalan debat Husam dgn Mustapha Ali ) menjadi bukti terbaru. Balas
Hidup Najib!20 November 2015 7:39 PTG
Korang tunggulah bila dekat2 pru nanti umno akan dedahkan pekong pas...bukan aje serban, jubahpun diselaknya..akan keluar semula amanat hadi, solat 2 imam, kafir mengkafir, skandal balak, penyelewangan YIK dll...tunggu... Balas
0 comments:
Post a Comment