Wednesday, 18 November 2015

Bantah Uber & Grabcar - 500 pemandu teksi berarak ke Parlimen...mendesak Syed Hamid Albar meletak jawatan Pengerusi SPAD.

Rabu, 18 November 2015

500 pemandu teksi berarak ke Parlimen bantah Uber, Grabcar

 | November 18, 2015
Mereka menuntut sistem perkhidmatan teksi diubah dan mendesak Syed Hamid Albar meletak jawatan Pengerusi SPAD.
texi_prots_600
KUALA LUMPUR: Kira-kira 500 pemandu teksi berarak dari Padang Merbok ke Bangunan Parlimen bagi membantah kegagalan kerajaan menyelesaikan isu teksi Uber dan Grabcar.
Mereka juga kesal dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) dan mendesak Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar meletak jawatan.
Bagaimanapun, pemandu teksi berkenaan tidak dibenarkan menghampiri pintu masuk utama Bangunan Parlimen dan diminta berbaris sepanjang Jalan Parlimen.
Pemandu-pemandu teksi kebanyakannya dari Lembah Klang itu membawa plakad dan banner yang tertulis ‘PM Najib Tolong Kam’, ‘Pecat Syed Hamid’, “Say no to Uber’ dan “Hidup Teksi’.
Beberapa Ahli Parlimen Pembangkang termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail keluar dari bangunan Bangunan untuk berjumpa dan mengambil memorandum.
Penyelia Jawatankuasa Bertindak Pemandu Teksi Lembah Klang, Kamarudin Mohd Husain berkata, mereka yang mewakii 27 persatuan pemandu teksi merayu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya simpati dengan kehidupan pemandu teksi di seluruh negara yang terjejas.
“Kita berdiri dalam cuaca panas dan mungkin hujan pada petang nanti bukan untuk menentang kerajaan atau bermain politik tetapi memperjuangkan nasib pemandu teksi,” katanya.
Beberapa Ahli Parlimen Pas dan PKR secara bergilir berucap di atas trak polis dan berjanji kepada pemandu teksi untuk membantu memperjuangkan nasib mereka.
Sementara itu, Wan Azizah berkata, pembangkang akan meminta kerajaan membatalkan permit teksi dan mengubah sistem perkhidmatan teksi untuk bersaing dengan Uber dan Grabcar yang dikatakan telah menjejaskan pendapatan pemandu teksi.
FMT.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena