Dicatat oleh Green Boc
Jika AMANAH kuda DAP bagaimana dengan PAS yang jadi keldai tunggangan perompak nombor satu rakyat Malaysia?
Khalil perlu guna politik berhikmah
SHAH ALAM – Timbalan Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi disarankan mengguna pakai pendekatan politik berhikmah berbanding mengikut jejak ‘orang-orang tua’ dalam politik yang gemar berbalah antara satu sama lain.
Naib Ketua (Politik) Pemuda Amanah Nasional, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata sikap yang ditunjukkan anak kepada Presiden Pas itu hanyalah tindakan ke belakang sekaligus menjauhkan anak-anak muda dari politik.
“Apa perasan Khalil jika ada orang menuduh Pas sebagai 'keldai tunggangan' perompak nombor satu rakyat Malaysia? Apa pula perasaan Khalil jika orang menuduh Pas bersekongkol dengan manusia yang sepatutnya didakwa bawah hudud kerana merompak wang rakyat dalam terang?
“Jangan ditambah lagi jarak (politik) dan prejudis tersebut dengan meneruskan kaedah dan cara berpolitik seperti itu,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Online, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Khalil hari ini yang menuduh Amanah terikat dengan DAP dan parti serpihan Pas itu hanya akan mendengar dan mengikut telunjuk DAP.
Khalil juga berkata jika Pas dan Amanah perlu bekerjasama, pihaknya akan meneliti hasrat tersebut terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.
Perkara itu menjadi hangat apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenakan pakaian sama atau sedondon ketika menghadiri Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015, pada Khamis lalu.
Pertemuan dua pemimpin utama Melayu Islam itu menunjukkan Pas semakin positif terhadap pelawaan Najib untuk menghulurkan "tali silaturahim" kepada parti Islam itu untuk sama-sama membina dan membangunkan negara ini mengikut syariat Islam sebenarnya.
Posted by Kedah Lanie

Mamat anak Hadi Awang ni baru nak belajar tarian politik tapi terus menari seperti seorang professional. Tentulah sumbang setiap gerak langkahnya. Kalau nak berpolitik belajarlah real politik. Jangan kotorkan politik...
ReplyDelete