Yang tua2 nilah yang akan tinggal dalam umnobn kerana mereka mudah dipergunakan.
Mak mak mak siapalah ni ...berapa sen dapat...Rasanya dapatlah sepersalinan dr luar dan dalam...!!!
Mak mak mak siapalah ni ...berapa sen dapat...Rasanya dapatlah sepersalinan dr luar dan dalam...!!!
pelik-pelik....
dalam perhimpunan agung umno dia boleh hadir malah diberi ucapan,
semasa dalam parlimen mana die hilang....???
dalam perhimpunan agung umno dia boleh hadir malah diberi ucapan,
semasa dalam parlimen mana die hilang....???
Berapa ramai penderma RM2.6 bilion sebenarnya, soal DAP
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang mempersoalkan berapa ramai penderma kepada dana RM2.6 bilion yang disalurkan ke dalam akaun bank peribadi perdana menteri, selepas pendedahan terbaru Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai kewujudan lebih seorang penderma. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 Disember, 2015.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang juga mahu tahu sama ada “individu perseorangan” dari Timur Tengah yang diperiksa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah orang yang sama ditemui Zahid.
Pada Ogos, Zahid pada satu sidang media berkata beliau bertemu dengan ketua pegawai pelaburan dan pemegang amanah kewangan keluarga penderma berkenaan.
Lim dalam satu kenyataan hari ini berkata Zahid kelihatan seperti berdolak-dalik apabila mengatakan ada lebih seorang yang menderma kepada jumlah wang yang amat besar itu.
“Adakah derma RM2.6 bilion itu dari 1 negara asing atau lebih daripada 1 negara?
“Ada banyak lagi soalan mengenai dari mana derma RM2.6 bilion itu datang, dan ke mana ia sudah pergi, yang menjadi persoalan semakin ramai rakyat Malaysia.
“Najib patut sedar semakin ramai rakyat Malaysia akan bertanya soalan ini dalam beberapa bulan dan tahun akan datang jika dia terus enggan memberikan jawapan lengkap dan memuaskan hati mengenai derma RM2.6 bilion itu,” katanya yang juga ahli Parlimen Gelang Patah.
Lim berkata Najib juga menyerang Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar berhubung pertemuannya dengan puteri Sulu, Jacel Kiram, dan menuduhnya melakukan “pengkhianatan terbuka terhadap negara”.
Tetapi, Lim berkata tidak seperti Najib, Nurul Izzah tidak menerima RM2.6 bilion daripada sumber luar untuk digunakan ketika menghadapi pilihan raya dalam negara, atau Nurul Izzah akan dituduh melakukan satu lagi “pengkhianatan terbuka terhadap negara”.
“Najib sedar atau tidak dengan adanya dana RM2.6 bilion untuk pilihan raya negara, lebih besar tanggungjawabnya untuk mendedahkan dari mana duit itu datang dan ke mana ia dibelanjakan, dan bagi mengesahkan dia tidak melakukan sebarang tindakan yang memudaratkan objektif negara,” katanya. – 11 Disember, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/berapa-ramai-penderma-rm2.6-bilion-sebenarnya-soal-dap#sthash.KeehbWoG.dpuf
No comments:
Post a Comment