Pages

Thursday, 3 December 2015

Pembantu: Tiada majlis tema 'aloha' Rosmah... Sekolah Agama percuma jika BN dapat S'gor! Aik, "Kenapa x buat je kat negeri2 BN skrg"?

Jumaat, 4 Disember 2015
Penari Hula Hawaii, Aloha Stadion
Penari Hula Hawaii, Aloha Stadion

Pembantu: Tiada majlis tema 'aloha' Rosmah

Pembantu Rosmah Mansor menafikan penganjuran sambutan ulang tahun kelahiran isteri perdana menteri yang bertemakan "aloha" di Putrajaya.
"Tiada majlis sedemikian sebagaimana yang telah disebarkan.
“Harap maklum," kata Rizal Mansor.
Rizal mengumumkan penafian itu di Facebook beliau hari ini.
Sebaran palsu itu antaranya menyebut sambutan itu akan diadakan pada petang 13 Disember di sebuah dewan di kediaman perdana menteri di Seri Perdana.
Ia antaranya turut meminta pengesahan kehadiran dibuat dahulu selain menyatakan menggunakan tema pakaian gaya Hawaii "aloha".
TIADA MAJLIS SEDEMIKIAN SEBAGAIMANA YANG TELAH DISEBARKAN.
Harap Maklum

2 hrs 
 

Dari tadika sampai universiti percuma tau kalau BN rampas Selangor. 
- Tompo -

BN janji sekolah agama percuma jika rampas kembali Selangor
 
Sekolah agama akan jadi percuma di Selangor jika Barisan Nasional memerintah negeri itu, kata pengerusi BN Selangor. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 Disember, 2015.
Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar berikrar akan meyakinkan rakyat tentang janji mereka itu.
“Kalau BN memerintah, kita janji sekolah agama ini semua percuma. Tak payah bayar macam sekolah kebangsaan.
“Bagaimanapun perkara penting, kita kena meyakinkan rakyat,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian hari ini.
Ahli Parlimen Tanjung Karang itu percaya ia boleh dilakukan kerana dalam politik tiada yang mustahil.
“Yang penting ialah kita hendak yakinkan rakyat bahawa kerajaan BN kalau memerintah, kita akan lebih baik daripada pembangkang,” kata bekas menteri itu.
Gabungan pembangkang PKR, DAP dan PAS berjaya menawan Selangor pada Pilihan Raya Umum ke 12 (PRU12) pada 2008.
Pada PRU13 lalu, BN masih gagal untuk merampas kembali Selangor daripada gabungan PKR, DAP dan PAS. – 4 Disember, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bn-janji-sekolah-agama-percuma-jika-rampas-kembali-selangor#sthash.SjUXIzmn.dpuf

No comments:

Post a Comment