Penari Hula Hawaii, Aloha Stadion
Penari Hula Hawaii, Aloha Stadion
Pembantu: Tiada majlis tema 'aloha' Rosmah
Pembantu Rosmah Mansor menafikan penganjuran sambutan ulang tahun kelahiran isteri perdana menteri yang bertemakan "aloha" di Putrajaya.
"Tiada majlis sedemikian sebagaimana yang telah disebarkan.
“Harap maklum," kata Rizal Mansor.
Rizal mengumumkan penafian itu di Facebook beliau hari ini.
Sebaran palsu itu antaranya menyebut sambutan itu akan diadakan pada petang 13 Disember di sebuah dewan di kediaman perdana menteri di Seri Perdana.
Ia antaranya turut meminta pengesahan kehadiran dibuat dahulu selain menyatakan menggunakan tema pakaian gaya Hawaii "aloha".
TIADA MAJLIS SEDEMIKIAN SEBAGAIMANA YANG TELAH DISEBARKAN.
Harap Maklum
Dari tadika sampai universiti percuma tau kalau BN rampas Selangor.
- Tompo -
BN janji sekolah agama percuma jika rampas kembali Selangor
Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar berikrar akan meyakinkan rakyat tentang janji mereka itu.
“Kalau BN memerintah, kita janji sekolah agama ini semua percuma. Tak payah bayar macam sekolah kebangsaan.
Ahli Parlimen Tanjung Karang itu percaya ia boleh dilakukan kerana dalam politik tiada yang mustahil.
“Yang penting ialah kita hendak yakinkan rakyat bahawa kerajaan BN kalau memerintah, kita akan lebih baik daripada pembangkang,” kata bekas menteri itu.
Gabungan pembangkang PKR, DAP dan PAS berjaya menawan Selangor pada Pilihan Raya Umum ke 12 (PRU12) pada 2008.
Pada PRU13 lalu, BN masih gagal untuk merampas kembali Selangor daripada gabungan PKR, DAP dan PAS. – 4 Disember, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bn-janji-sekolah-agama-percuma-jika-rampas-kembali-selangor#sthash.SjUXIzmn.dpuf
0 comments:
Post a Comment