Monday, 21 December 2015

Akmal Nasir HERO BARU bangsa...Beliau berjaya menganggu 'ketenangan & kemewahan' yang amat tidak munasabah.

Selasa, 22 Disember 2015

Akmal Nasir hero baru bangsa

Akmal Nasir

 SOKONG
Tanggal 28 Disember ini Pengarah National Oversight and Whistleblowers (NOW) Akmal Nasir diarah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur supaya memfailkan pernyataan pembelaan terhadap saman fitnah yang dikemukan terhadapnya oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Jamil Khir.

Jamil menyaman Akmal berhubung dakwaan kononnya Jamil menggunakan wang Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) bagi membiayai perjalanan ke luar negara. Maklumat ini dipetik yang dikeluarkan hari ini.
Sebelum mendedahkan hal itu NOW telah membongkar berlaku bayaran dianggap luar biasa oleh yayasan itu kepada bebeapa orang eksekutifnya. Ekoran pendedahan itu yayasan berkenaan menjadi perhatian umum sekaligus mendedahkan satu urusan yang meragukan berlaku dalam yayasan tersebut. Kebenaran tentang hal ini sungguh mengejutkan.

Apa yang dilakukan oleh Akmal menerusi NOW itu adalah satu amanah dan tanggungjawab sosial yang cukup berani dalam membela hak dan kepentingan awam apa lagi bersabit hal ehawal Islam. Mungkin tanpa ada pendedahan itu menyebabkan orang tidak tahu "salah laku" dalam yayasan itu selama ini. Ini membolehkan individu dalam yayasan itu terus menjadi seperti tikus jatuh ke genak beras.

Justeru sokongan padu hendak diberikan kepada NOW khasnya Akmal Nasir yang memberanikan diri dan sedia menanggung risiko demi kepentingan umum. Apa dilakukan Akmal bukan semua orang sedia mengambil tanggungjawab berisiko sehinggakan terpaksa ke mahkamah. Sokongan bukan sahaja setakat moral tetapi mungkin wang ringgit untuk membiayai pembelaan itu nanti.

Adalah wajar kalau segenap mereka yang teruja dengan pendedahan itu, termasuk juga pemimpin parti politik khususnya pembangkang memberi sokongan moral kepada Akmal. Pembangkang sedikit sebanyak mendapat modal politik di atas pendedahan itu.

Apa salah kalau pada hari "pemefailan" (betulkan istilah ini wahai tuan-tuan lawyer) pembelaan itu nanti semua pemimpin pembangkang dan individu yangconcern dengan keadilan dan anti penyelewengan hadir beramai-ramai ke mahkamah bagi menyatakan sokongan kepada Akmal.

Saya secara peribadi mengucapkan syabas dan tahniah kepada Akmal. Apakah dakwaan itu benar atau tidak, tetapi beliau sudah berjaya menganggu "ketenangan" dan kemewahan yang amat tidak munasabah dan melampau yang dikecapi sesetengah orang. Bukankah beberapa orang eksekutif telah diarah rihat? Akmal Nasir adalah hero baru bangsa. 
 [wm.kl.4:25 pm 21/12/15]

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena