Wednesday, 23 December 2015

PKR: Apakah Umno rakan kerjasama sesuai untuk PAS? "Kerjasama dalam perkara keburukan pun dianggap kerjasama."

Rabu, 23 Disember 2015
Pertemuan antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar berlangsung dalam suasana penuh kemesraan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 Disember, 2015.

Apakah Umno rakan kerjasama sesuai untuk PAS, soal PKR

Syed Ibrahim menegaskan, kerjasama di antara Umno dan PAS tidak ada salahnya jika ianya membawa kepada kebaikan.

"Dalam konteks cadangan kerjasama di antara Umno dan PAS yang masih lagi rakan tahaluf siyasi PKR, saya ingin menegaskan pendirian Biro Politik PKR bekerjasama tidak ada salahnya malah digalakkan dalam rangka usaha yang jelas ke arah mewujudkan kemakmuran ekonomi, menjamin keadilan sosial dan kepemimpinan yang amanah.

"Namun pertimbangan yang bijaksana perlu diambil apabila rakan kerjasama tidak serius malah menjadi penyumbang kepada kerosakan, penyelewengan, rasuah dan kezaliman," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Syed Ibrahim, dalam apa-apa usaha dan tindakan, kerjasama sentiasa dianggap sebagai faktor penting dalam kejayaan.

"Kerjasama membawa maksud beberapa pihak terlibat secara bersama dalam mencapai sesuatu objektif yang dipersetujui bersama.

"Kerjasama ini boleh berlaku dalam banyak keadaan dan peringkat, sama ada sesama individu atau kumpulan, dalam perkara kecil atau besar.

"Dalam kalimah bahasa, kerjasama dalam perkara keburukan pun dianggap kerjasama."

Katanya, asas kerjasama wajib kepada prinsip-prinsip yang didukung membawa manfaat kepada umum namun tidak boleh sama sekali bekerjasama dalam perkara dosa seperti berdusta dan perkara melampaui batas seperti pecah amanah dan kezaliman.

"Kepekaan dan kesedaran terhadap pendirian pihak yang terlibat dalam kerjasama amatlah penting supaya kita tidak terjerumus sama dalam membuat kerosakan.

"Dalam konteks politik negara sekarang, amatlah jelas kepincangan Umno-Barisan Nasional (BN) dalam memerintah dan mentadbir.

"Krisis ekonomi dan kepemimpinan berlaku kerana kelemahan dan kebobrokan mereka yang berkait dengan prinsip amanah, keadilan, kebenaran, tata kelola dan pertanggungjawaban," katanya.

Syed Ibrahim memberikan contoh, skandal syarikat sarat hutang 1Malaysian Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan penggunaan undang-undang seperti akta hasutan sebagai pelanggaran prinsip-prinsip dilakukan Umno.

Katanya, dana awam yang kebanyakannya merupakan wang amanah orang Melayu dan Bumiputera turut dicemari dengan keputusan serta tindakan yang amat meragukan.

"Contohnya penggunaan dana Kumpulan Wang Amanah Pencen, Tabung Haji dan lain-lain untuk menyelamatkan 1MDB.

"Begitu juga dengan dakwaan penyalahgunaan dana dan aset Majlis Amanah Rakyat (Mara) dalam pembelian hartanah serta salah guna dana amal jariah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim)."‎ – 23 Disember, 2015.
TMI.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena